Tuesday, March 08, 2011

..Ini Entry SeDiH..

Salah aku ke dalam mendidik anak-anak ? Ya Allah, jauhkan la anak-anak aku dari sifat degil dan nakal. :(
Assalamualaikum. Sedih pun kena bagi salam kan? Baru la sejahtera hidup dan moga sedih pun berlalu pergi. Amin. Apa yang sedih sangat pagi-pagi ni? Entah laaa..Aku ni sensitip sangat atau sebab PMS. Hampir setiap pagi, macam ni lah aku. Kenapa? Tu lah..aku tengah fikir ni kenapa. Macam biasa, rutin hidup aku bermula seawal jam 6.15 pagi bila alarm clock pertama berbunyi. Kalau malas sangat..SnooZe kan ia dan tunggu munyik balik 6.30 pagi. Ni kalau aku la. Danish dah memang bangun 6.15 pagi, solat subuh and mandi. Dia pantang sket kalau terlewat subuh. 6.45 tu dah kira tak sah dah bagi dia. Siap nangis kalau aku lambat kejut. Tu salah satu kebaikan dia lah di awal pagi. Alhamdulillah. Dania lak, 6.40 pagi baru masuk bilik air. Mek ni senang nak urus. Dari A-Z dia complete buat sendiri tanpa nak kena melalak. Yang SEDIH sangat ni, fikir pasai Danish. Step by step aku kena suruh. Ya Allah, sakitnya dada. Sampai aku dah nak keluar rumah 7.20 pagi, ada je benda yang tak kena pada dia. Songkok mana? Rambut Kenapa tak sikat? Tali pinggang? Stokin kenapa tak pakai-pakai2 lagi? Dah makan belum? huaaaa...sangap aku. Sakit dada. Hari ni, songkok ilang, tali pinggang tak tau kemana. Waaaaaaaaaaaaaaa...gua stress banget neh! Pagi ni, on the hantar dia orang.. aku off radio, aku lepaskan stress. Aku tanya dia..apa masalah dia ? Banyak sangat 'Terlupa', 'Tak Ingat', 'Tak Tahu'. Alasannn!!! Tak suka ALASAN yang sengaja di cipta!!!! Huaa..Ibu stress la Danish!

Kenangan di Amsterdam 2010.
Masa ni, Mr.Abe masih dalam flight ke Amsterdam. Kerja la apa lagi. Aku? Aku ada depan pc ni haa memikirkan kerja yg aku kena siapkan Jumaat ni. Sedih gak ni. Aku dah janji pada user..tapi aku tak mampu rasanya nak buat mcm apa yang aku janjikan. Huhu..Padan muka aku. Sampai dalam tido pun aku bawak sekali 'kerja'. Bangun-bangun terus fikir..'macam mana ni'. Huhuuhu..camno nak ilangkan sedih ni? :(

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!