Tuesday, March 08, 2011

..Alhamdulillah..

Coklat untuk Birthday Danish and Dania..
Piung piung..mata berpinar-pinar ni. Tak cukup2 mengadap pc ke aku ni? Heee..PC dan Liza dah sebati..takde 'line tenet', rasanya hidup separuh mati. Nggeee..Alhamdulillah, Mr.Abe dah jejak bumi Amsterdam jam 2.30 pm tadi. Hilang 1 kerisauan aku. Semoga di permudahkanNya segala urusan dia kat sana termasuk la aktiviti berpoya-poya dia. Jgn lepak 'Red Light District' lelama dah la ya..PARAH nanti..keh keh keh. Aku rindu bumi Holland..tak tau la bila nak jejak lagi.

Kerisauan kedua turut lenyap tengah hari tadi. Alhamdulillah..aku dapat 'kawan' nak tolong aku buat kerja. Lega sangat-sangat. Dah boleh tersenyum sket. Thanks ya..Tolong ya awak. Huhuhuhu. Puan pun okek dengan cadangan aku..Khamis demo .. next-next week tunjuk yg siap 100%...Lega.

Petang tadi, amik Danish dari sekolah, masuk kereta terus dia ckp 'Danish minta maaf ibu'. Huhuhu. Alhamdulillah. Aku tanya dia, minta maaf sebab apa. 'Danish minta maaf, suka hilangkan barang, Danish tak dengar ckp ibu..Danish buat ibu menangis'. Emm..aku ckp..bape lama nak jadi baik ni? Dia senyap jek..tak pe lah kan. Aku pun stress gila pagi tadi..petang dah ok sket..terima la seadanya apa yang ada. Budak-budak kan?

Alhamdulillah..coklat yang aku tempah untuk Birthday Danish on 10/3/2011 dan Dania on 14/3/2011, Kak lon dah hantar tadi kat opis. Terpaksa buat awal sebab 10hb Mac, ABIM cuti lak. So Danish nak bawak esok g sekolah bagi kawan2. Dania lak aku tempah 15 batang jek sebab nak bawak balik kampung jek. Birthday dia cuti sekolah.

Alhamdulillah untuk hidup yang sempurna hari ini...Thanks Allah, batuk ni dah seminggu hilang..Syukur....

2 comments:

B.e.T said...

zai=saya pun rindukan bumi holland wpun x penah sampai.. wakakakka.... selamat meloncong! =)

ankeljonni said...

Kampung New Zealand.. aku pernah sampai... huhuhu...







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!