Thursday, March 24, 2011

..Air Asia X..

Saja nak berkongsi pengalaman. Sebelum fly ke Orly - Paris baru-baru ni, dalam fikiran aku :
'Macam mana ek Air Asia X?'
'Sempit mcm Air Asia g Bali ari tu ke?'
'Selesa tak..ke semput?'

Bukan apa..pengalaman dengan MAS yang berjaya menambat hati dan sekaligun meletakkan Penerbangan KLM jauhhhhh dari minda buat aku tertanya-tanya, macam mana lah rupa Air Asia X? Dah la 13 jam..KALAU lah horror macam flight g Bali dulu..mau mati semput aku.

Air Asia X D72012, LCCT - Paris (ORY), Sun 13Mar 2011, 1.05 pagi
Alhamdulillah..lepas panggilan untuk boarding..dari jauh dah nampak Air Asia X yang tersergam besar wpun tak sebesar Boing 777 tapi tengok dari luar..dah cukup lega. Dalam flight, tersergam warna merah putih. Nice! Kerusi adalah leather..mungkin ini yang buat tak berapa OK sebab leather adalah menyerap haba, so kalau sejuk..maka sejuk lah seat itu, kalau panas..maka panas lah ia. Lagipun leather buat movement kita terasa tak besh compare fabric. Pandang ke kiri aku..ada 3 row di barisan tengah dan aku pun dlm barisan 3 ni sebelah kanan. Untuk badan yang sebesar aku, kelebaran kerusi adalah OK..boleh la nak mengesot ke..nak mengelongsor ke. Ruang kaki pun sangat2 OK untuk aku mahupun orang Europe. Kalau yang g Bali tu..aku recyline kusi, terasa kaki org belakang..kadang2 siap tertolak naik balik kerusi tu.

Kaki ku selesa..kaki anda?
Row tengah and leather seat utk tatapan .
Tak suka dok tepi tingkap, nak 'terkucil' payah nak kuar..ngeee..
Pramugari Air Asia X pada aku adalah better dari segi penampilan walaupun hanya berskrit pendek. Hahaha..maksud aku, make up dia orang idak lah setebal MAS dan rambut pun takde di set tah apa-apa. Pramugari flight ni lagi friendly compare local Air Asia, sembang antara dia org pun cakap melayu pasar jek..kalau Air Asia local..cakap omputih sesaja. But still tak leh layan service MAS la..pramugari or flight MAS tak pernah sunyi. Compare Air Asia and KLM..pramugari MAS tak penah duduk diam walaupun orang lain nyenyak di buai mimpi. Mereka sentiasa pastikan semua orang selasa. Air Asia lak nampak dia orang masa 2 jam lepas berlepas dan 2 jam sebelum mendarat.


Comfort Kit Air Asia X - RM30 ke Rm20? x hengat lak sebab tak beli..
Masa booking tiket, korang di beri beberapa pilihan - nak makan ke tak. Pada aku, better lah order coz dpt diskaun 20%. Cuma masa nak landing, Air Asia hidang Nasi beriyani..agak terkejut lah perut coz baru bangun tido. Aku dah bayangkan benda ringan2 je ala-ala sarapan..hek hek hek. Tapi tak sehebat MAS la..makan je kerjanya sampai nak tidur pun payah. Aahaha..lagi 1, Air Asia tak bagi selimut and takde 'hiburan'..kalau nak, semuanya sila 'bayar'. Orang kata, flight sejuk sangat dan kita akan tergoda utk beli 'Comfort kit' yang berharga RM20. Memang flight sejuk sangat2..tapi dalam 2 jam pertama je..lepas suasana adalah biasa saja. So, fikirlah nak beli ke tak benda tu. Kalau beli pun tak rugi..cuma nak usung masa travel, kena fikir lah byk2 kali.

Kesimpulannya, kalau first time travel jauh dan Air Asia X adalah penerbangan pertama, mungkin akan rasa selesa tapi kalau dah biasa naik flight lain-lain terutama yang dah biasa naik Bussiness Class..akan rasa lah SAKITNYA perjalanan. Akekek..ala..nak selesa, beli je tiker Air Asia X Premium. Tak sampai RM2K pun sorang..miaahahaha.. Apapun, aku tak serik lah nak naik Air Asia X untuk jalan jauh lagi..

Ku ingin terbang... :)


No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!