Friday, March 25, 2011

..Kisah di sebalik Potret..

Jom tgk gambar sambil bercerita. Nak cite journey, tunggu Mr.Abe je lah yang update blog travel tu. Sebelum tu, ada sedikit pembetulan dengan kefahaman sesetengah orang. Emm..memang trip ni kita org pergi selepas Mr.Abe bekerja seminggu di Amsterdam tapi trip ke Paris-Italy adalah tanggungan sendiri, takde kena mengena dgn duit companya ya. Kecuali flight Mr.Abe saja coz 'tiba2' dia di panggil kerja..Kalau tak, kita org memang dah booked Air Asia to Orly Paris. Tiket Air Asia tu dah di bawa ke date lain..

Sebelum plan nak travel, boleh rujuk cuaca di CikGoogle ya..
Gunalah backpack kalau nak senang berjalan..memang agak berat, tapi senang tanpa perlu fikir tangga and berebut2 nak naik lift atau eskelator. Bag roda membataskan pergerakan dan bising..gedek gedek gedek..
Untuk penjimatan hotel dan tiket flight, pilih lah bed train..bertolak jam 10, tido dalam train, sok pagi dah sampai..
Berani tengok tak berani masuk coz rasa tak berani nak kuarkan duit kalau dah tersuka. Murah kat europe but still mahal utk orang seperti saya nak pakai handbag paling murah RM2K. ;)
Snap dari kejauhan.Rupanya kat Rome, berlambak-lambak orang jual LV,Gucci imitation. Sama macam Malaysia..jual kat pasar malam jek. Huhuhu..
Patung-patung bogel mcm ni bersepah-sepah kat Rome. Seni? Mereka akan bogel kan patung lelaki tetapi tak de satu pun patung perempuan yang aku tengok di bogelkan dan tiada 1 pun 'kemaluan' perempuan di paparkan dalam apa jua bentuk. Kenapa ya?
Sebelum ke sana, aku sentiasa risau dgn jaket dan hodie yang aku bawak. Nampak over or poyo kah? Bila sampai sana..hamekk...terutama di Italy..dressing mereka mmg 'class'. Rugi tak pakai over2..hahahha
Cara paling mudah. Beli tiket online and print kat sini and hampir kesemua mesin tiket di sana boleh guna kredit kad. Mesin tiket adalah lagi banyak dari kaunter tiket.
Ini adalah makanan utk 1 perut. Eu6.50. So kalau travel, order je la sepinggan dah cukup untuk dua org ASIA macam kita.
Lepak di Mc D masa tunggu train semata-mata nak dapatkan 'heat'. Order kopi untuk panas kan badan..tapi yg ada hanyalah Espresso kecik and pahit.
Ini sudu makan di kedai Pak Arab. Dah mcm senduk nasi kat umah jek..jenuh nak nganga..
Suka sangat tengok pokok di musim ni..tak berdaun tapi berseni..
Kat Paris memang ramai awek cun macam ni. Syok tgk awek ni..pakai bertutup lengkap..ayu jek. Walkman hello kitty mainten kat telinga. Tapi kat Italy..memang susah nak tgk perempuan bertudung. Takde kah?
Makcik tu adalah 'peminta sedekah'. Dia berdiri kat situ and nyanyi..sedap suara dia. Lepas nyanyi..dia pusing dalam train kalau2 sapa nak bagi dia duit. Budak2 muda pun ramai buat mcm ni..tapi dia org buat tarian hip hop la.
1st time tgk Magika dalam flight..ho ho ho..sukanyaaaa..suka sangat2. Nak cari DVD lah utk Danish ngn Dania tgk..Sapa ada..pinjam..

2 comments:

Kak Lon said...

ayam tu halal ke mek?

Liza Abd Rahim said...

HALAL la kak lon..kita org masuk kedai halal la..kaalau jenis belasah, dh lama belasah pizza kat sana..:)
Jgn lupa..antara penduduk islam terbesar ada kat perancis..tak ssh nak cr makan..







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!