Saturday, March 19, 2011

..Kasut oh kasut..

Bonjour! Now ni ada kat Paris sambil lepak-lepak tengok tv. Cite apa tah dlm France ni. Nak tido awal sangat..meh layan blog dulu. Bukan nak cite trip kali ni..lom dlm mood lagi..tp saja nak share cite 'Kasut'. Kata orang..kalau nak berjalan-jalan lebih2 lagi nak travel ni, jgn pakai kasut baru..tapi sebab di dapati cuaca di Italy adalah 'Crazy' dalam bulan March..maka dlm bulan Januari aku pun beli la sepasang kasut Suede Leather dr Scholl. Suede ni tak basah kalau kena hujan and harga lagi murah dari Hush Puppies yang aku minat tapi Mr.Abe tak kasi. Emm..aku beli awal dengan harapan nak belasah pakai kasut tu dulu kat Malaysia supaya serasi bersama..malangnya sempat pakai p Genting jek. Nak jadi cerita..selepas 1 hari 1 malam dan berKM-KM jalan kat Rome..jeng jeng jeng..kaki ini sesangat la sakit..lagi pun, kaki aku jenis lebar depan dan kasut scholl ni runcing ..miahahhaa. Naik hilang mood aku sebab tak tahan sakit. Bukan sakit tumit..tapi sakit jari-jari depan mcm tersepit. Bila mood dah lari..nak senyum pun dah jadi payah la..maka Mr.Abe yang tak tahan tgk peel aku..terus g kedai belikan kasut baru. Hek hek hek. Fobia wei nak pakai kasut..sakiittt banget. G kedai kasut biasa je..ada la Adidas,Nike and Reebook. Converse lagi banyak..tapi aje la aku nak pakai converse..tu kasut budak2. Pilih punya pilih..nak yang tahan air..maka aku pilih la kasut brand KAPPA, Eu35, tak tau la kat Malaysia berapa RM..tak penah mimpi lak nak beli kasut brand ni. Dah la SA tu tak reti cakap omputih..dh mcm ayam ngn lembu bercakap. Si ..Nor..Si Nor je yang dia tahu..hahhaaa..Alhamdulillah, lepas 1 hari lebih..kasut Kappa ni dah serasi dengan aku. Ngee...

Kappa - Nanti lepas Malaysia..nak buat ek dgn kasut ni?
Scholl - ni pun sama..kalau dah makan kaki..nnt apa la nasib dia..huhuhu..

Paris adalah sangat sejuk compare Italy..ikut cikGoogle..suhu cecah -1C malam ni..sejukknyaaaaa..OK, mahu tido..esok ada agenda yang kena bangun awal...Nite!

1 comment:

ankeljonni said...

fuiyyooooo... kasut baru.... bau kedai... huhuhuhu







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!