Friday, February 10, 2012

..Tiba-tiba..

Akhirnya..jam 3.30 pm tadi, aku kembali ke opis. Kembali dengan perasaan biasa-biasa saja. Dah hampir 6 bulan kot aku jadi koordinator ni dan aku masih tak berjaya pujuk hati untuk jatuh cinta pada job ni. Walaupun semuanya aku buat seikhlas hati dan penuh dengan tanggungjawab..namun hati ni..entah lah..sukar di mengerti. Dah la bila tengok kalendar event Uniten banyak jatuh on cuti sekolah..lagi aku makin lemau selemau biskut terlebih celup dalam air. Ya Allah..kenapa lah lemah sangat aku ni..

dan tiba-tiba :

- Abe hantar email cakap dia kena sambung outstation ke Gelugor pulak sampai Ahad. Now dia ada kat Pasir Gudang.
- Danish beritahu semalam, dia ada sukan sekolah ahad ni dan Isnin dia cuti. Mr Abe tak boleh cuti dan nampaknya aku kena fikir lah apa yang nak jadi.
- Dalam penin2 aku fikir pasai job ni..tiba-tiba aku di datangi oleh satu pilihan yang aku sendiri tak pasti..terima atau tak dan aku sebenarnya lebih memikirkan diri orang lain dari diri aku sebab post yang aku pegang sekarang hanya orang yang tahu coding dan query saja boleh ganti aku.
- aku menjadi sangat malas nak fikir menda-menda yang menyakitkan hati walaupun ianya datang bertubi-tubi. Sakit kepala lah nak fikir .. dan aku paling tak suka stress sebelum tidur. Benci!


Dalam serabut mcm ni..memang aku terfikir 'I need a shoulder to cry'. Tapi..opsss..'it's better to shut up rather than to talk and thinking too much'.Biasanya kalau hal macam ni..biasanya aku akan cari Miss A or Mr.S tapi kali ni..emm..biar lah..aku fikir sendiri dulu. Aku pun tak ramai kawan nak ckp benda2 personal ni. Yang ada, bila aku percaya..aku akan percaya dan kami boleh share cerita masing-masing ..tapi kalau ada yang rasa aku dah tak boleh di percaya..atau dah tak mau share apa2 dengan aku...aku OK JEK. Senang jek kan..LUPA dan TAK INGAT kan je apa-apa yang tak penting..

Esok dah sabtu balik..tapi Abe lak takde. Lemau lagi lah cuti kali ni...emmmm..

1 comment:

Anonymous said...

Miss A dah tau. he.he.he







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!