Tuesday, February 14, 2012

..Fikir-fikir..

Toing toing..sakitnya kepala gue. Dari siang tadi..terus tak turun netball. Glup glup..sampai la ni berdenyut-denyut. Cuba tahan tak amik ponstan ni. Semoga esok beransur baik selepas bangun dari tidur. Amin.


Hari tu, masa mak datang sini..mak cakap 'Mak nak pergi Terengganu..mak nak tengok masjid kristal'. Emm terus ayat ni melekat-lekat kat kepala aku. Macam mana eh nak bawak mak ngn abah p sana..sebelum ni takde masalah kalau setakat nak bawak mak abah jalan-jalan sebab anak2 kecik lagi..so duduk dalam kereta kat belakang 4 orang takde hal sangat. Ni dah la Ganu..jauh kot nak berhimpit2. And yang duduk kat belakang dah wajib pakai seat belt..emm..ada idea? Bila nak g? Emmm..


Hari ini, dalam meeting Unit tadi..peralihan kuasa kelab santai opis di buat. Aku sekali lagi atau mungkin dah banyak kali di lantik jd SU based on vote.Aku rasa vote last tu mcm nak kasi senang result jek..huhuhuuu.. Adehh..aku dah tak betah nak buat kerja ni. Ikut hati nak tolak ..tp since aku ni terkenal sebagai orang yg suka membantah dan melawan..aku diamkan je la kali ni. Macam biasa..dah tua2 ni...pasrah and redha je laa..( ye ke?) .

Dan esok..Rabu kembali lagi..cepatnya masa berlalu...

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!