Wednesday, February 22, 2012

..Cubaa demi cubaan..

Penat fikir kerja...aku conteng kertas.. 
Dush! cubaa untuk tidak mengeluh dengan kerja..tahan! tahan! dan tahan! tapi dah takleh tahan. Hahahaha. Bukan nak merungut..bukan nak memprotes..hanya sekadar nak lepaskan keluh kesah. Nak take 5 jap, taip blog la kejap. Tongkat dagu gigit kuku jap fikirkan dokumentasi ISO New System yang akan di audit pada 6 dan 7hb March ni. Ada 10 system baru yang aku kena buat dokumentasi. Setiap sistem ada 4 sub dokumen..so maknanya, semua sekali 20 paperwork dan aku ada masalah nak buat 'Application Handover Sign-Off'. Jeng jeng jeng..how meh? Tiba-tiba rasa nak demam..hehehhe. Punya lah aku elak sepanjang aku bekerja daripada buat dokumentasi or management..kena jugak buat selepas jadi Koordinator and System Support ni dan kali ni..aku kena standby for ISO audit..apakah? Sebenarnya nak tergelak ni..aku pun dah abish idea tak tau nak lari ke mana lagi...ahaks! Petang ni dah abis idea..sok mula balik. 


keikhlasan tiada ukuran..
Apalah kan..asyik cite or merungut pasai kerja jek. OK la ni daripada aku meroyan kat blog ni. Sebenarnya cuba juga cari bahan menarik untuk di kongsi kat blog ni..tapi macam..argghhh! takde idea and tak tahu nak share apa yg berilmu. Nak cite pasai anak-anak? Em..ada banyak cite..tapi nak menaip blog ni bukan boleh saja-saja nak taip..biasanya, apa yang terlintas, terus buka and taip. Kalau saja2 nak karang nak bagi sedap mata baca..memang tak tertaip lah.

Haa...orang kata, kalau rezeki..tak kemana kan? Semalam masa sarapan pagi, aku tak perasan gelang tangan aku tercabut. Masa dah nak gerak balik..aku terpijak gelang tu...alhamdulillah. Gelang tu masih hak aku. Kalau hilang? Emas pulak..agak2..apa jadi? Uhuk. Dan semalam juga..aku cuba tebus voucher kat Parkson. Sepatutnya kena tebus semasa hari pembelian. Beli on Monday..nilai more than 1K..kira dpt voucher RM100..tapi terlupa nak tebus dan semalam tak berjaya pujuk manager Parkson tu..so ..hilang la rezeki RM100. Pasrah atau Redha? Tak pe lah..bukan rezeki aku. Lain kali..jangan lupa lagi ya Mr. Abe..hahahha..dia lak yang salah. Ok la..kami sama-sama salah..dah syok2 makan..lupa nak p tebus. Nasib badan.. Cuba lah terus menjadi insan yang sabar dan redha..yang nak pergi..biarkan lah. Hiks..

Penat seh! papai...


No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!