Thursday, February 09, 2012

..Sejuknyaaa!!..

Help..help..sejuknyaa. Dah takleh blah ni.Duduk dlm lab dengan suhu aircond 18 darjah Celcius dan controller aircond lak rosak..mengigil la jwbnya. Cakap pasai sejuk ni kan..aku nak share something lah. Mungkin ada yang dah tahu ... tapi aku nak share dengan yg belum tahu. Soalan ni pun ada kawan-kawan yang dok tanya sebab ada yang nak g cuti tempat sejuk.

Nak share apa? OK..jom tengok keperluan atau attire kalau nak g ke negara sejuk during spring or winter.

Kebiasaan suhu winter and spring ni dari -0 for winter and kalau dah spring dalam belas-belas bawah 20 celcius kan? Pengalaman aku masa spring pun cuaca bwh 12 celcius di Holland. Paling sejuk aku pernah rasa -14 kat atas puncak gunung Jungfrau Swiss.

Pakaian :
Long John or Thermal.
Baju ini di perbuat daripada wool atau bulu kambing biri-biri. Tertakluk kepada harga. Lagi mahal, material dia lagi bagus. Baju ni di pakai paling dalam. Pengalaman aku..aku hanya pakai seluar saja kalau suhu tak sampai negative. Baju sangat jarang pakai kecuali di Puncak Jungfrau ari tu kerana have to pakai kalau tak..mati kesejukan lah kot. Baju ni tak di pakai semasa berjalan-jalan di town kerana..di europe, bila masuk building..suhu di set kepada normal dan kadang-kadang sgt panas. Kalau kita pakai baju ni..jenuh la pulak nak tanggal. Selain daripada baju ni, kita akan pakai 1-2 helai lagi baju sebelum memakai jaket. Tertakluk kepada kekabalan menahan sejuk masing-masing lah kan. Aku biasa pakai sehelai saja baju di bahagian dalam..tapi t-shirt long sleeve yg tebal. Kaki memang akan sentiasa sejuk..so, seluar long john ni memang aku pakai sepanjang masa termasuk tidur.Lepas tu pakai la seluar jeans ke..slack ke ..jangan lah pulak pakai suar ni je jalan2. Hahahaaa.. Sepasang baju ni dlm RM150 untuk dewasa. Sebab aku tak berapa nak besar..aku beli yang kanak-kanak punya je. Muat okek..hahhahhaa..Setakat ni,aku ada dua helai suar and 1 baju thermal ni.

Jaket :
Jaket ala-ala Mek Arab.
Jaket ala-ala Mek Arab ni Mr.Abe beli kat US. Jaket ni susah nak cari kat Malaysia dan agak mahal di sini. Jaket di DKNY sesuai untuk Spring coz tak tebal and tak nipis. Aku memang beli jaket yang material nya kalis air sebab hujan di sana tak menentu dan tak lebat. So kalau setakat nak redah hujan..jaket ni tak akan basah.

Winter jaket..
Kalau nak main snow..cari lah jaket winter. Biasanya kat tag baju tersebut akan tulis tahan suhu bawah 0 Celcius and kebanyakkan adalah puffer. Jaket yang aku beli after less 70% was RM160 jek. Yes..kena bijak membeli. Jangan beli time orang sibuk nak bercuti X-mas. Harga baju sejuk mmg mencanak-canak naik. Beli masa off season. Oudated pun tak pe..yang penting ada baju and tak membazir. Hod kat belakang baju tu..kalau boleh, takde pun tak pe kalau kita bertudung. Coz nak tutup telinga. Wajib kot tutup telinga kalau sejuk..mau terasa telinga takde je nanti. Hahaha.Masa aku naik Puncak Jungfrau, aku pakai long john 1 set, 2 tshirt bodoh, 1 sweater bulu kambing dan baru jaket winter ni...Pun sejuk lagi. huhuhu..

Mafla :

Benda yang berlilit kat leher aku tu lah mafla. Benda ni aku selalu pakai tutup leher dan mulut. Sejuk kot kalau tak pakai. Mau meleleh je air idung lebih2 lagi kalau berangin. Mafla ni pun byk jenis, ikut kain. Yang aku pakai tu RM40 coz buat dr wool and bulu kambing.

Sarung tangan :

Tangan adalah anggota yang paling senang nak sejuk coz terdedah. Biasanya mat saleh jarang pakai glove coz dia org dah biasa..tapi utk aku yang biasa2 je..mmg aku pakai. Poyo pun poyo lah. Nak beli glove pun kena tahu ..ada 3 jenis. Wool, Leather and puffer. Yang puffer tu memang beli untuk main snow..coz dia kalis air. Tapi kalau just nak jalan-jalan kat town..poyo lah kot nak pakai glove snow. Aku beli yang wool. Beli yang cun-cun dengan size tangan kalau tau..pergerakan akan terbatas. Terpaksa buka glove kalau nak memegang apa2.

Stokin wool.

Ho ho ho..jangan kedekut. Yang ni wajib la beli. Beli la 5-6 pasang pun takpe..tapi make sure wool. Bayang kaki yang kesejukan? Apapun tak leh nak buat. Tidur pun aku pakai socks..tapi yang biasa lah coz dlm bangunan ada heater. Stokin wool ni tebal.

Kasut :
Winter boot.
Kasut adalah benda yang penting juga.Bukan penting apa..penting cari yang selesa sebab banyak berjalan. Tapi kalau g negara yg boleh sewa kereta..takde masalah lah kot. Pengalaman kat Europe..1st time aku pergi sana..aku pakai running shoe Adidas.Hiks..kasut tu dah lah berlubang-lubang..compem la angin masuk and sekali hujan..abish basah.Aku penah cramp sebab kaki dah tak tahan sejuk. 2nd time aku g, aku beli kasut leather suede scholl. Sehari berjalan..kaki aku dah tersepit ke sakitan dan terpaksa aku beli kasut lain kat Rome. Aku beli walking shoe yang kalis air and 1 size bigger dari size biasa coz stokin wool adalah tebal. 3rd time aku ke Eropah dengan tujuan nak cari salji...memang terus cari boot for winter. Boot lagi selesa kerana ruang dlm lagi luas untuk kaki.Alhamdulillah..perjalanan pun selesa. Harga sepasang boot winter dlm rm120+.
Apalagi eh?Haa..baju hujan. G lah beli baju hujan yang pakai buang kat Watson. Rm3 je kot.Senang nak isi dlm handbag atau poket. Kalau tak pakai tudung..belilah snow cap. Sebab telinga memang kena tutup.

Okek..aku pun dah naik beku kat lab ni..beransur solat kejap...chow!


 


4 comments:

MRS. AJ said...

lawa kot angah tu! suka....

Liza Abd Rahim said...

kot mek arab tu cun kan? tapi kalau tinggi..lagi cun..ala2 model gitu..hahaha..perasan!

Ezu said...

Hi,

Nk tanye. Winter boot tu bli kat mane?

Thx

Liza Abd Rahim said...

hi Ezu..
kalau proper winter boot my kids beli kat Travellers. Yang tu mmg proper winter boot. Mine just beli kat kedai fesyen shoes..boot fesyen. Tapak dia licin sket..







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!