Wednesday, February 08, 2012

..Kerja luar kawasan..

Hiks..gempak tak Title kali ni? Sapa yang kerja luar kawasan? Aku la..siapa lagi. Tapi bukan jauh mana pun, just 3KM dari Opis. Minggu ni kena standby lagi di College Of IT (CoIT). Sampai esok..genaplah 2 minggu aku bertapa kat situ. Selain standby..buat and settle kan juga doket2 yang masuk. CoIT sangat sejuk..tapi Alhamdulillah...1 chiller rosak dan dah tak sejuk lagi. Heeee..boleh pulak suka tak sejuk kan? Tak besh la nak kerja tempat sejuk2 ni..jadi mengantuk dan pergerakan terbatas sebab tangan nak dok dlm poket jek. Cakap pasai sejuk..kesian orang Eropah kan? Mereka di landa suhu sejuk melampau..katanya Findland mencecah -40 celcius dan Rome di tutup sebab thunderstorm and ribut salji. Google la untuk data yang lebih tepat. Aku pun dengar cite dari Mr. Abe jek.

Aku bukan peminat cite korea..apatah lagi K-Pop..tapi Seoul is CunZZ lah..

Dah merasa musim sejuk dan spring di Eropah..terasa teringin lak nak rasa spring di Seoul..sure berbunga2kan? Air asia pun ada promotion ke sana. Tapi orang kata, kena ikut travel agent ke Seoul kerana masalah bahasa dan susah nak cari makanan halal. Macam biasa, berangan je lah. Paling frust, cuti sekolah May-Jun penuh dengan Online Event. Ni yang aku benci and nak marah ni..sebab tu aku tak nak jadi koordinator...kacau cuti bersama anak-anak. Mencik lahhh!!

Nak ke G.Kinabalu dah tak berteman..teringin cuba yang baru pulak..selam dlm laut..besh ke?

Sambil2 ni, aku dok google percutian ke pulau2. Ngee..aku pun bukan suka sangat dengan laut. Tapi teringin pulak nak rasa suasana dalam air - Snorkeling! Macam best..tapi lepas tu sure aku jadi 'Dayang Senandung'. Tak kisah lah kan..janji puas dan seronok. EMm...lagi sekali..boleh berangan jek. Kecuali ada orang yang baca blog ni..and pastu ajak aku 'Jom!'..hahahaa.. compem aku jom kan jugak. Cuti sekolah bulan March ni kena balik Johor lagi..sepupu kawin...nak ke Singapore..best ke? Emm...penat lah nak fikir.. hiks!

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!