Thursday, February 02, 2012

..Hati Ini Bukan BESI..

Lama aku terfikir-fikir untuk menaip entry ini. Banyak benda yang aku kena tenung sebelum meneruskan jari jemari terus menari mengikut gerak hati. HATI aku kata orang 'Ianya Sekeras Besi'. Namun, saat ini, aku dah tak mampu nak tanggung lagi apa yang tersirat di dalam hati batu ini. Orang kata..aku nampak lembut di luar..tapi hati aku keras. Ye ke? Entah..cuma apa yang aku tahu..aku ada pendirian dan aku tahu apa yang aku mahu dan apa yang aku mahu..itu yang aku mahu. Cuma semakin menginjak dewasa..apa yang aku mahu..apa yang aku tahu..apa yang aku rasa..aku lebih suka simpan dalam dada. Memang terasa hampir meletup dada jika ada benda yang tak mampu tanggung sendiri tapi aku nekad, aku tak mahu kongsi dengan siapa2. 'Ya..tak mahu kongsi dengan siapa2 walaupun orang yang paling rapat dengan aku.' Memang ada yang sanggup kongsi dan tolong aku apa saja..walaupun tak ramai..tapi aku Tak Mahu lagi bercerita berkongsi apa-apa dengan sesiapa . Hati manusia sukar di duga wpun dia adalah orang paling hampir dengan kita.

..Hati Ini Bukan Besi..namun ianya seteguh permata..
Benar orang kata, kalau ada pun cerita ..mengadu lah pada DIA. Sekarang aku lebih suka DIAM dan jalani kehidupan seperti biasa. Adakala ceria..adakala, jika keseorangan seperti ini, air mata aku tumpah juga mengalir di pipi. Mungkin aku takde masalah dengan sesiapa..mungkin aku ada masalah dengan diri aku sendiri. Walaupun hati aku sekeras batu..tapi ianya tak sekuat besi. Sekarang, apa yang aku lakukan..lebih kepada tanggungjawab tanpa menyatakan apa sebenarnya dalam hati ini. Biarlah..suka aku, sayang aku, cinta aku, duka aku, suka aku..aku simpan sendiri. Lagipun, aku memang tak de BFF ..dan kawan-kawan biasa pun aku tak punya seramai mana. Aku pun tak mahu jadi 'kawan jika perlu' dan tak mahu ada kawan 'jika perlu' saja.

Usah di cari jika muak memerhati,
Jika kehadiran tak di rasa,
biarkan ia berlalu jangan di seka.
Bulat tekad tak mahu terluka,
berdiam rasa membelai jiwa tanpa sengketa.
Usah hadir tika gembira,
Berlalu pergi tika berduka.
Bukan boneka hanya untuk bersuka ria,
Hargai dan sayangi tiap masa dan ketika.
Pujuk hati pergilah air mata,
Menanti tak perlu jika menekan jiwa.


 

1 comment:

MRS. AJ said...

Angah, kita tetap sahabat baik sampai bila2. Sabar dan bertawakal kpd Allah S.W.T. Perlu berhati2 dlm berkawan, tidak semua kawan itu setia dan jujur dalam persahabatan.







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!