Monday, April 23, 2012

..Mari menaip di kala senja..


Dush ..sakitnya kepala. Berdenyut-denyut ni dari pagi tadi. Apa hal lak ni? Dah lama tak main tengah-tengah panas..tadi turun training netball kat HQ (Bangsar). Training dari jam 8 am - 11 pm. Tapi tadi kita orang sampai dalam 9 am..hiks! Terlambat sket, dah kena jammed and pastu both of us tak pandai jalan ke HQ..dah masuk ke mana-mana. Kira makan angin dulu la. Dalam hati, redha je lah kalau kena pusing padang bola 5 round. Kira stamina test gak lah tu. Alhamdulillah..cikgu and manager tak marah.Just lari 10 round padang netball and pastu join traning mcm biasa. Cuma ada beberapa sessi yang termiss lah. Takpe, Rabu ni kami usaha keras utk sampai cepat. 


Tadi kuar rumah tak sempat makan..so, faham-faham je la training ngan perut kosong. Paling memeningkan, shooter ada training shooting bertubi-tubi lak..dah berpinau2 mata and kepala aku masa tu. Hancursss..bila dah  penat, memang ke laut je lah shoot. Apapun, suka sangat walaupun penat and rushing. Bukan senang nak dapat training pree macam ni kan? Banyak benda yang aku belajar sebab dah lupa banyak benda on skill. Biasa main..belasah jek. And again, dalam team ni, aku dan team mate dari Bangi ni lah yang paling hakak-hakak..lain2 semua bawah 30 tahun. Hiks..

Korang nak tahu apa ada dalam kepala aku? Walaupun aku buat kerja ..walaupun aku happy berjimba ngn kawan-kawan..1 benda yang aku nak sangat buat adalah - Aku nak resign, nak duduk rumah jaga suami dan anak-anak. Biarlah orang nak kata, nanti rugi gaji, nanti nampak tua..tapi kalau fikir-fikir..hambakan diri kepada famili, lagi banyak faedahnya. Betul? Apa ada hati aku..aku saja yang tahu.

Em, now Mr.Abe is flying back from Istanbul and will arrive Malaysia tomorrow morning. Dia beli apa? Gucci? Prada? LV? hahahaha..apapun takde katanya. Key chain ada..hahaha. Kat Istanbul banyak Fake item jek. Kat Croatia lagi lah takde menda. Em, kita tunggu beliau sampai ya.. 

Bulan 5 penuh ngan aktiviti :

1) Training netball kat HQ sampai 15hb May.
2) Sukan TNB 17-20hb May
3) Back To Nature Kelab Kilat - tak dapat join, clash dengan training.
4) Student baru masuk 19-20hb May - Alhamdulillah, puan bagi aku pelepasan untuk join sukan.
5) Awal bulan 5..cuti dengan aktiviti sendiri. Semoga smooth semuanya.
6) Pendaftaran Subjek and Add Drop Subjek from 21hb sampai 10hb Jun.

Aku teringin sangat nak snorkeling..blup blup..

And kawan-kawan semua dah register for running event. Aku? Entah laaa...masih berfikir. Run for 10KM? tak terjangkau akal ku...

OK..semoga kita semua gembira dengan hari-hari yang kita semua lalui.. Amin.

pst : mahu ke puncak kinabalu lagi..kapan ya? 








No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!