Monday, April 02, 2012

..Dari kaca mata aku : Australia..

Melbourne City, Australia
Aku tahu, seminggu berada di tempat orang bukan masa untuk kita menafsir atau menjudge sesuatu keadaan. Apa yang aku catat ni, apa yang aku lihat. Memang style aku..ke tempat orang..lihat budaya dan cara hidup mereka. Ni apa yang dapat aku simpulkan tentang Australia dan budaya mereka :
1. Australian is very friendly. Pengunaan bahasa adalah sangat lembut terutama dengan anak-anak.

2. Aku boleh lihat, budaya bersenam atau bersukan memang tebal dalam diri mereka. Bayangkan, pukul 1 tengahari dengan suhu 30 Celcius, taman tempat beriadah penuh dgn orang jog, cycling and walking. Ada yang ke tempat kerja dengan berbasikal. Bukan basikal biasa la.

3. Kereta berjenama Mazda paling banyak di atas jalan. Why? Aku tak pasti.

4. Majoriti Australian yang aku jumpa menggunakan Iphone. Aku cakap dekat Abe..'sure Iphone ni barang takde harga kat sini..semua org mampu pakai'. Hahahha..and the fact is 'Sewa Iphone and line mereka adalah AUS64 selama 2 tahun'. Gila murah seh. Maknanya, body Iphone tu sendiri..idak lah mahal macam kat Malaysia.

5. Dalam trams, Unlike europe, budaya beri tempat duduk pada orang tua tak berapa di amalkan. Tapi kalau budak2 ..memang mereka akan bangun.

6. Wifi or internet access di Australia sangat mahal.

7. Susah nak cam siapa yang g kerja..siapa yang tengah jalan coz attire mereka mcm sama jek. Yet, mereka tak stylo mcm Italian.

8. Walaupun kenderaan di Melbourne City bertali arus..YES. 1 benda yang aku perasan..'TAKDE BAU ASAP'. Huhuhu..bas dia pun sama..kagum2. Kenapa eh? Walhal mereka guna minyak yang sama mcm kita.

9. Zebra crossing. Letak je kaki..kereta sure stop. Ni budaya yang aku dapat lihat since kat Europe.

10. Had laju hway adalah 100km/h. Memang mereka drive 100km/h termasuk la driver aku yang agresif kat Malaysia. And paling best, masuk small town, speed limit turun ke 40km/h..dan semua orang pun slow. Automatik!

11. Kenapa pasar dia orang bersih eh? Kat Europe pun mcm tu walaupun jual benda basah.

12. Kedai or mall tutup seawal 6pm setiap hari kecuali Jumaat. Yang bukan malam more to kedai makan.

13. NO DOGS! Yeah..aku paling suka benda ni. Memang susah atau memang takde anjing berkeliaran. Ada certain places, anjing di haramkan sama sekali. Mereka tinggal je anjing dalam kereta kaalau jumpa tempat yg tak boleh bawak anjing.

14. Takde monyet. Hahahha..yang ni paling best. Hutan2 Australia takde monyet. Nak makan or berkelah pun senang hati.

15. Dulu sebelum ke Europe, aku rasa tandas takde air adalah menyusahkan. Tapi skrang, aku jadi suka lak. Kering and tak busuk. Bawak je botol mineral kosong dlm bag, masalah takde air akan selesai.

16. Memang banyak kedai makanan HALAL kat Melbourne City but kami masih tak singgah makan sebab..bayangkan lah kalau sepinggan nasi lemak adalah AUS9. AJe gila.

17. Penguin Australia adalah penguin terkecil di dunia. So jangan bayangkan nak tengok penguin hitam kuning tu ya..tu penguin kutub utara.

18. Koala bukan pemalas..tapi daun Managam yang dimakan tu memerlukan masa utk di hadam. 20 jam..so, Koala dok diam2 sbb nak hadamkan makanan.

19. Kangaroo tidak la besar mana. Katanya, yang jantan garang..yang gegirl OKEK. Alwiz like that lah kan? Lumrah alam..

20. Penerbangan ke Australia tak sampai 8 jam..and tak memenatkan..so? Jom Sydney la pulok (dalam mimpi)

EM, Mr. Abe dah update travelblog kami for tips and story. Sila lah jenguk.

Papai!

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!