Friday, April 20, 2012

..Kerja dan Bodek..


Ok, sambung sket benda yang aku belajar masa Stress Management Course hari tu. Aku akan taip based on input yang aku dapat, tak rujuk handout sebab benda tu ada kat opis. Dan apa yang aku tulis ni, adalah yang terkena dengan batang hidung aku sebab tu aku boleh ingat. Kata cikgu :



Dalam organisasi, akan wujud beberapa kumpulan manusia dan kategori yang paling rugi adalah pekerja Maverick. Kebiasan golongan Maverick adalah di antara umur 30an sehingga 37 tahun. Golongan Maverick adalah golongan yang sedang naik dan berdarah muda. Siapa yang di gelar Maverick? Mereka ini adalah golongan yang cuba merubah organisasi daripada golongan 'atasan' (ada term, aku tak ingat) dengan semangat dan darah muda yang boleh membunuh diri sendiri. Maverick golongan yang gemar menentang idea dan pendapat orang lama. Mereka lebih kepada membuat kerja dengan betul. Maverick penuh dengan pertikaian.Maverick lebih menjurus kepada bekerja dgn jujur. 

Sanggup? hhahha..not my style lah..huh!

Apa lg? Em, kata cikgu, dalam pekerjaan, kita mesti pandai 'bodek'. Dushhh! panas telinga aku dengar. BODEK? please..not my style. Yap. Masa trainin, dah terserlah beberapa orang golongan Maverick ketika isu ini di utarakan. Aku dan beberapa org geng sebaya aku pertikainkan dengan beberapa soalan.

1) kenapa mesti bodek? itu unsur negatif.
2) kebiasaan, bila bodek, akan wujud situasi tikam belakang.
3) Bos tak tahu kan mereka sedang di bodek?

Cikgu tersengeh jek dan cakap..kalau awak terus dengan prinsip awak ni..awak akan ketinggalan dan di tindas. Salah ke bodek? TAK SALAH. Dalam Islam, kita di minta 'bodek' Allah dulu untuk meminta sesuatu. Ok lah..bila kami dh push cakap tak suka dengan words BODEK..coz it's negative..cikgu terus ubah to 'Pandai amik hati' atau 'Pandai memuji'. hikss..still tak kena dgn cara aku. Tapi takpe, aku positif and terima ajaran kali ni. Ada 4 golongan pekerja.

1) Orang yang boleh buat kerja dan pandai bodek - ini golongan pekerja yang CEMERLANG.
2) Orang yang boleh buat kerja tapi tak pandai bodek - akan di tindas dan rugi diri sendiri.
3) Orang yang tak boleh buat kerja, tapi pandai bodek - untung diri sendiri tapi rosakkan company.
4) Orang yang tak boleh buat kerja dan tak pandai bodek - pergi mampus (hahha..ni bukan aku cakap eh)

Aku relatekan dengan situasi kerja aku..em, betullah cakap cikgu. Golongan No 1 tu memang senang berjaya dan senang naik. Cuba tgk keliling kita..atau tengok diri sendiri..kita dlm golongan mana? Terus terang, aku tak suka membodek dan aku tak suka di bodek. Kalau aku puji, insyaAllah, ikhlas dari hati sebab aku memang jenis susah nak puji orang. Tapi, cikgu cakap..kenapa kita kerja? Selain kerana Allah dan gaji..bukan kah untuk di hargai? So..kalau tak membodek diri sendiri..kita akan ke mana-mana. Siapa peduli kalau kita pandai buat kerja...tapi takde yang memuji. Duduk lah di tempat yang sampai..huhuh.

Unsur bodek biasanya ada unsur tikam belakang..kan? Kata cikgu..tu kerja orang yang takde kerja walaupun dia kata, dia byk kerja sebab orang yang ada kerja..takde masa nak mengutuk atau tikam atau cari salah orang lain. Hiks..betul ke? fikirlah sendiri ok? 

OK..dah tahu mcm mana nak jadi pekerja cemerlang? pilih la cara sendiri..dan being a maverick is not good? be a chameleon.. ? renung2kan lah.. 

Tata..

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!