Sunday, April 15, 2012

..Kisah Si Lemau Hari Ini..


'Di dalam jaga ku tercari-cari..di dalam tidur termimpi-mimpi'...acehh! gila jiwang lirik. Tapi serius..Rahmat Mega itu semakin comel dgn tahi lalatnya. Skrip ini sila rujuk pada Mentor..lagu itu sungguh menusuk kalbu walaupun dah telan dek zaman...Ngam seh!

Okek..dalam mengharungi hidup yang agak suram yakni dengan duduk bebaring atas katil sepanjang hari selain daripada keluar lunch dan dinner..hari Ahad ini sungguh lemau. Kadang2 berViber dgn Abe..kadang2 berYM sementara dia belum mula berkerja sok. Takpe..sok dah mula kerja..so akan ku akhiri episod lemau dalam hidup ni. Kerja sekuatnyaa..lupa kan dunia..lupakan segala benda yg serabut kepala..hahahah..Gilos ke apa ni?

Hari ini aku jadi Sleeping Beauty.. 

Tadi pagi, sedang aku bergolek-golek atas katil..tiba ada call masuk dari nombor yang tidak di kenali. Erk! Aku malas betul nak angkat nombor mcm ni..tapi angkat lah jugak..kot2 ada panggilan suprise..hahaha..suprise wak lu! Tapi mmg suprise pun...dapat panggilan beritahu aku terpilih untuk Sukan TNB road relay. Hiks! Tak teruja sangat pun sebab dari mula selection, takde orang sangat pun. Perempuan yang pergi paling ramai 6 orang (3 Uniten + 1 YTN + 2 TCI) and 2 kali lari, aku kekal nombor 2 which means, InsyaAllah terpilih. Macam aku cakap..aku turun Sabtu tu sebab teman kawan dan turun selection Selasa tu sebab aku nak g netball - En Ruzli dan Bro Manager tu bersungguh2 minta aku lari..so? Aku lari..Hari Khamis aku tak turun pun walaupun kereta aku kena tahan..sorry! Panas hati tak abis lah...and sampai saat ni, aku dah decide..aku akan tolak pemilihan road relay ni seperti yang aku katakan walaupun Bro Manager tu siap cakap 'Masuk road relay lah ya kak..takde orang ni'. Takpe, nnt2 ada lah orang tu kan...

Selain road relay, aku dah terpilih untuk team Netball HQ. Yang ni aku teruja sebab orang cakap...sangat susah nak terpilih. Tapi masalah tetap masalah..trenin kena turun pagi petang kat HQ? Takpe takpe..malas nak pk lebih2 and lagipun game nanti, UNITEN sedang rancak terima kemasukan budak baru which is aku kena kerja..so kali ni, aku letakkan rezeki aku kali ni pada takdir. Kalau ada rezeki and ada pelepasan, aku akan main netball...kalau takde, aku setiap berkerja sebab koordinator. Senang cerita kan? Apa nak pening2..bukan nak wakil negara pun. At least aku dah tahu, sejauh mana kemampuan aku. Aku boleh lari 1.4KM dlm masa  kurang 7 minit dan aku boleh terpilih main netball HQ..sebenarnya..ada satu benda besar lagi dlm hidup aku yang aku nak buat....insyaAllah. 


Weeee...encem lak mamat ala2 hero Korea ni dlm cite 'Memberku Hawa' kat Tv3 ni..hikss. Rambut panjang paras bahu, kulit putih..stylo..va va va..haiiipppp! hahahahha...

Tak sabar nak tunggu hujang bulannnnnnnnnnnnn...yehhhaaa!!!! bukan sebab nak sambut hari tua..tapi apa? ada laaaa..hak hak hak...


No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!