Thursday, April 05, 2012

..ChakDe India..

00:02..and it's Thursday. Masih gigih mengadap tv2 Chakde India. Cite apa? cite pasai penubuhan team hoki wanita India dan coachnya Shah Rukh Khan. Sukanya HOKI. Rindu pada kenangan lalu. Suka pada spirit of team..displin dalam traning ..suka menang, duka kalah..and paling best, sarung jersy dan menjadi pemain utama. 


Walau hanya sampai ke selection Negari Perak and semua tu cite lama..kenangan tetap kenangan yg memang tak mampu nak lupakan. Kalau suh main sekarang..insyaAllah boleh lagi kot, tapi stamina mungkin dah kureng. Tengok SRK jd COACH ni..teringat coach Sir Guna..Handsome OKEK. Ye lah kan..Sikh kot, memang la handsome. Sekolah menengah Coach nya Cikgu Harris..pun handsome..mmg semangat je nak main. Hahahhaa. Dia antara cikgu kesayangan and kita org selalu sama-sama tak kira time sekolah or lepas sekolah. Opss..bukan skandal OKEK..aku dgn sorang lagi BF aku, Lin..memang kami rapat bertiga. 

Cakap pasai game ni kan..aku sedang berdukacita. Huwaa..tak dapat join geng2 Netball nak ke Terengganu. Mr.Abe nak ke Crotia seminggu dan terkena dgn date aku nak ke Ganu and tadi Dania bagi tahu, dia ada sukan on 21hb April..memang la takde rezeki nak ke Terengganu. To my team..best of luck Okek. Tengok ChakDe ni..team India mula2 kalah sebab masing2 nak tunjuk terra dlm team. Hoii! nama pun team..jangan nak jadi diva sorang2 Okek. Main sama-sama..komunikasi..serasi bersama..itu tunggak utama kejayaan. Serius ni! Ingat zaman sekolah dulu..our GS alwiz wanna be A diva..shoot tak masuk lak..memang 1 team bengang..walhal GA alwiz lapang..kalau nak main sorang2..g main squash pukul dinding ya.. hahahaha.

The best hockey stick masa zaman aku dulu..tapi abah tak mampu..so, dapat stick  Vampire sendiri pun dah syukur melangit tinggi. :)

Iskk..meremang bulu roma aku tengok ChakDe ni..hahaha. Gila semangat aku dalam bab2 mcm ni..mcm tengok game betul lak. Kuikuikui. Cuma 1 je peel aku...dalam game, walaupun aku rasa aku mampu atau boleh, kadang2, sokongan dari team tu perlu juga. Semangat lagi makin membara kalau dpat sokongan dari kawan-kawan. Cukup la sekadar memberi semangat instead of bagi kata-kata negative yg buat sakit hati. Bukan kita minta di puji...tapi semangat dari kwn2 tu sangat penting..main pun untuk kemenangan bersama kan? Aku pun ada 1 peel..walaupun aku suka sgt ngn satu2 aktiviti..kalau takde kawan..kadang2, tak jalan juga minat aku tu. Tapi aku ni tak ramai kawan..so kadang2 agak terpinggir..mungkin time tu, aku tak di perlukan..sapa tahu kan? 

Aku nak balik kampung..dah lama sangat tak balikkk...tapi Abe takde..dia oustation pusing Malaysia..dah la minggu 1 lagi dia dah nak ke oversea..bila nak balik umah mak ni? Budak2 pun dah bising rindu maktok ngn Wan..siap tanya aku..'Ibu tak rindu maktok ke?' ....adehhh..Ingat nak angkut je anak2 balik naik ETS jumaat mlm ni..tapi..mcm nak cuba selection road relay Sabtu ni dan ada bowling pula hari Ahad.. Sedih lah! 

Nite Universe..Assalamualaikum...may Allah bless us!

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!