Wednesday, April 25, 2012

..2 hours non stop training..


Sebenarnya malas nak taip..mcm boring lak asyik cite pasai netball, kan? Tapi sebab kepenatan melangkaui akal fikiran and supaya menjadi 1 episod dalam hidup yang harus di ingati, yeah..aku taip juga. HUuuaaaaaaa..sangat penat ni sebenarnya. 2 jam training netball non stop. Dapat rehat 5 minit je tu sebab ada sorang team mate terangkat tangan kata nak minum..terus kena denda lari padang 2 round..lps tu baru dapat minum. Tu pun rehat 5 minit saja.


Training mula jam 8.30am. Lari padang netball 10 round. Bukan masalah besar. Training lari, training passing bola..semua tu aku boleh buat..tapi sampai time training shooting..serius, aku betul2 nak termuntah. Bola datang bertubi-tubi..memang buat aku sangat penat..and tadi aku hampir nak termuntah. Lepas training, kena pulak shoot 50 gol..selagi tak cukup 50, tak leh rehat. Masa ni tinggal shooters je..yang lain dah boleh cool down. 

Apapun, aku suka sangat training ni. Kena marah tu biasa lah. Banyaknya benda yang aku buat tak kena rupanya. Bagus kan kena tegur daripada syok sendiri. Hiks. Jangan terasa hati..tu saja petuanya kalau nak bertahan dan nak belajar. 

Masuk opis, kul 3 ada testing sistem lak..aku buat part aku apa yang patut..tapi masa dalam lab, memang kalau boleh nak tido jek. Tapi sian lak kat partner aku. Dia dah relakan aku join sukan and g training pun dah syukur banyak. Testing lak ada benda tak kena..kul 5 baru abish. Balik kerja..sambung lagi training ngn geng sini pulak. Tak cari pasai namanya? Mula lah shoot pun kelaut semua. Hahahah..

Bila dah penat mcm ni, makan pun dah tak lalu. Siang makan bihun goreng yang di sediakan semasa training dan malam tadi, makan bubur Mc D and Sundae Coklat saja. OK, dah tak tahan..saya mahu tido.

pst : aku juga tengah belajar 1 benda...'diam adalah lagi baik jika kita sudah giveup.'


No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!