Friday, January 06, 2012

..Sama Tapi Tak Serupa..


Database down. Tak leh nak buat query. Update blog la kejap sementara SA buat kerja hidupkan
semula itu server.

Aku nak menulis ni..tapi mohon siapa yang baca, tak perlu la judge aku apa-apa. Ini sekadar luahan rasa dari aku seorang insan yang bukan tak tahu bersyukur, tapi kadang2 terasa, mana keadilannya?

Macam biasa, bila tahun baru bermula..topik paling hangat di tempat kerja adalah BONUS dan KENAIKAN GAJI. Hampir termenung gak aku fikirkan isu ni. Kat sini, ada 3 kategori staff. Pensyarah yang dah ada skim gaji sendiri. Alhamdulillah, habuan mereka agak lumayan. Kedua dan ketiga - staff sokongan dari dua badan yang berbeza. TNB (A) dan UNITEN (B) bekerja di bawah 1 bumbung yang sama. Isu sekarang - A yang memang dah di lahirkan untuk memperbaharui CA mereka setiap 2 atau 3 tahun. UNITEN? emm..dah 11 tahun aku kerja..masih macam ni.

Terbaru, si A akan menikmati habuan kenaikan CA dan juga kenaikan gaji. Si B? masih senyap seribu bahasa dan jgn bermimpi utk kenaikan CA lah! Kami faham masalah B..takde keuntungan kerana kami di lahirkan sebagai 'pelaburan sosial' untuk si A. Kalau buat untung..sure la A kena bayar income tax..so objektif kelahiran si B dah terpesong. Ada untung, income tax akan bertambah kan? so..nasib tetap nasib lah kot kan.

TIPU lah kalau anak2 B mempunya tahap Redha yang tingga setiap kali A dapat habuan lumayan. Dan tahun ni A akan dapat at least RM400 kenaikan gaji. Huh! bayangkan..mana tak termenung. Kerja, JD, KPI, time makan, time minum, time lepak, time rajin dan time malas di kongsi bersama..tapi kenapa time lumayan..B terus terpinggir. A pun tak payah la nak cakap 'alhamdulillah, ada daripada takde kat B'. Cuba letak diri sendiri dalam kasut B. Dan dari hasil sembang2 dengan geng A yg kerja di sini, semua dah selesa dengan keseronakkan berada di bawah bumbung B. Semua tersedia and mudah...buat apa nak balik ke tempat asal A kan? Emm..entah lah.

Lagi sekali..macam biasa, pujuk diri sendiri. Allah Maha Tahu semua yang di tentukan..Ya Allah, jauhkan aku dari sifat kufur.

Makin hari..makin MALAS nak ke tempat kerja.. emmm...

Redha itu ikhlas..Pasrah itu menyerah?

1 comment:

Anonymous said...

blh tau skim gaji pensyarah uniten? saya cdg nak apply pensyarah uniten. skrang ngajar di uitm pahang. blh email saya di- dzarr_ab@yahoo.com







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!