Monday, January 16, 2012

..Permintaan Yang Berterusan..

1:01 PM. Duduk je la opis sorang-sorang layan blog or FB. Nak balik umah tapi pagi tadi baru perasan, fuel kereta dah dok bawah tiang merah.Sungguh tak perasaan. Ni la akibatnya kalau tak reti isi minya sendiri. Untuk keselamatan, lepak je la opis. Perut pun tak lapar lagi. 

Comelkan? Both dah besar dengan sempurna..Alhamdulillah..
Termenung kejap terfikir permintaan demi permintaan hampir setiap hari oleh anak-anak, suami dan famili. Minta apa? Mereka semua mahukan orang baru dalam keluarga. Siapa? Baby baru lahh..siapa lagi. Paling ketara, Danish dan Dania  - hari2 meminta. Aduss..pening lalat di buatnya. Mr Abe pun sama. Alih-alih aku cakap 'Suh babah kawin je la sorang lagi.' Hikss. 

Bukan menolak rezeki apatah lagi menyesali takdir Illahi. Ya Allah..bila fikirkan betapa susahnya aku masa pregnant mereka berdua dulu..seram dan serik rasanya. Tak baik kan? At least aku di permudahkan semasa kelahiran mereka berdua. Tak perlu epidural, tak perlu bedah..masa labour room..kejap je selamat semuanya. Namun bila terkenang berbotol-botol air kena masuk dlm badan dan nak buat apa pun susah..Ya Allah..aku benar-benar tak betah. 

Isk, Astarafirullah..tak baiknya. Tu kan semua penghapus dosa. Sebenarnya terasa rugi umur juga. Bayangkan kalau aku mengandung dan bersalin tahun depan, beza umur baby dgn Danish hampir 10 tahun. Jauh tu...Danish form 5, baby baru darjah 1. Semua tu alasan kan? Tertelan air liur kejap. Takut juga..mana tahu lepas ni dah takde rezeki? Sebab memang tak pernah berusaha pun nak dapatkan baby lagi. Ya Allah...tunjukkan aku jalan..Amin.

Renungkan :

9 Kelebihan Ibu Mengandung

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat


Sumber : BlogPakarHowTo

4 comments:

Anonymous said...

Komen sikit.
Bukan Astarafirullah, tapi...Astaghfirullah. Beza maksudnya bila ungkapkan Astarafirullah.

Istighfar (also Astaghfirullah or Estagfirullah) (Arabic: أستغفر الله‎), is the act of seeking forgiveness from God (the name for God, or the 99 attributes, often used in English in Islamic texts, is Allah). It is one of the essential parts of worship in Islam. This act is generally done by repeating the Arabic words astaghfirullah, meaning "I seek forgiveness from Allah".

tuan rumah malas nk login said...

opss..thanks. Just taip and as a blogger..sometimes we make misstakes or just type what ever we want to type..

InsyaAllah, sebutan semasa menaip dan membaca adalah betul :)

thanks ya Anonymous. ;)

MRS. AJ said...

Usu doakan Angah dimurahkan rezeki anak ye. Insya Allah! Doakan untuk Usu jugak. ;-D

Liza Abd Rahim said...

Amin Usu. Untuk Usu juga..jom kita lumba.. hehhee
-angah-







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!