Sunday, January 01, 2012

..Apa buat dengan 0.5?..

Holla..dah setengah hari 2012 menjelang, cepat betul masa hilang. Esok masih lagi bercuti..tetiba rasa, lamanya dok rumah. Nak kerja malas, nak dok umah lemau..mahu tak mahu, hidup harus di teruskan. Kalau ada pilihan..sudah pasti yang seronok-seronok saja jadi pujaan..kan? Apapun, bersyukur dengan hidup yang semakin hari..semakin teratur berada di atas landasan.

Lepas lunch nasi gulai tempoyak ikan patin, tekak teringin donut lak..ayokk..habis la macam ni..
Apa tu 0.5? Hek hek hek. Itu lah bonus syarikat tahun ni. 0.5 bersamaan setengah bulan gaji. Teruk kan? Isk, tak baik merungut, nnt orang kata, tak tahu bersyukur. Dosa tau! Alhamdulillah..dengan 0.5 ni, nak simpan pun tak banyak mana..nak bayar insuran keto pun ngam2 saja. Since insurans kereta lambat lagi dlm bulan 3, aku gunakan 0.5 belanja anak-anak dan suami saja. Biasa memang aku simpan duit bonus untuk insurans kereta dan masuk ASB..kali ni, guna je lah. Bulan 3 nanti..guna je duit lain selagi rezeki ada. InsyaAllah. Dengan jumlah yang tak berapa, aku belikan anak-anak jam tangan dan buku yang mereka suka dan belikan Mr.Abe kasut kerja baru. Jenuh jugak paksa dia..tak mau lak dia, yang elok masih elok - katanya. Hehehe..aku tau dia nak aku menyimpan sbb dia dah byk keluar untuk semua keperluan. Dalam nak tak nak..belilah juga, makan jam gak dia memilih..kalah kan perempuan lah!

Pameran actroid kat Pusat Sains Negara.
Semalam, ke Pusat Sains Negara. Ada orang tanya..kenapa suka sangat ke sana? Entah..anak2 aku, kalau tanya nak kemana, tempat2 macam ni lah pilihan mereka.Aku ikut jek. Tak rugi g sana. Walaupun dah berkali-kali pergi, anak-anak sentiasa gembira. Selain belajar..ada gak mainan untuk keseronokkan. Sekarang kat luar dah ada kolam mandi dan taman permainan. Now ada pameran Actroid sampai bulan 3. Actroid adalah 1st Human Robot ciptaan manusia.

Sebenarnya, aku tengah susah hati dengan berat badan sendiri ni. Dah 48kg. Seluar dah terasa ketat and padat..perut dah terasa berlipat-lipat. Adeh!!! Dah la dah lama tak berpeluh..huhuhu..scary sungguh. Januari - Febuari penuh dengan Online Event di mana makan minum 4 kali sekali di tanggung..huaaaa..habis lah! Petang-petang sokmo hujan pulaaa...abis lah Liza..gemuk balik lah macam zaman dulu kala..Ayook!! Nehi kabi nehi...kena usaha something ni. Ho Ho Ho..

Ada idea??

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!