Friday, January 06, 2012

..Bila Kepala Berdenyut..

Hah! bila angin dah masuk dlm badan, kepala lak sakit berdenyut-denyut dari pagi..memang semua benda rasa menyakitkan hati. Serius, lepas bersarapan Mc D pagi, tiba-tiba sakit kepala menjadi-jadi. Aku tuduh, kopi tu buat aku sakit kepala dan sekali gus sakitkan hati. Tapi tak pernah pulak sebelum ni kopi buat aku jadi mcm ni..biasanya, kafein lah buat hidup aku ceria berseri-seri. Mungkin dah tua barangkali. Melayan sakit kepala sambil buat kerja..memang la rasa 'hampeh' jek. Pastu tangan kanan lak berdenyut-denyut. Sakit gila otot lengan gara-gara main tenis dalam Wii. Punya lak seksa nak drive..adusss, sengsaranya rasa. Dah la tak lunch tadi..memang hangin bertambah hangin dan ada lak benda-benda lain buat mood terus lemau hari ni. Kepala masih sakit ni..telan ponstan pun still macam ni.


Macam biasa lah kan, kalau mood kat opis dah gila..balik umah, tau la sapa jadi mangsa. Bukan anak-anak lah kan..sebab tak berbaloi pun nak angin ngn mereka..bukan faham apa-apa. So, siapa yang kena? Tapi ada ke patut dia teka.

'Kenapa marah-marah? Jangan lah marah sangat dengan team A (rujuk post aku sebelum ni), Za rasa gak habuannya'. Cessss...kesitu lak. Tapi bagus la kan..sebab team A dlm rumah ni nak share habuan dengan team B dalam rumah ni. Masuk ASB pun ASB lah..janji ada. Ikut hati nak minta rantai emas baru. Nak yang pendek terletak sket je dari leher..seksi kot! Uwekkk..poyo sudah!

Esok opis ada aktivti yang kelihatan akan sungguh seronok..tapi aku tak dpt join. Kenapa? tak yah la cite..bukan penting pun nak share ngn orang lain. Aktiviti yang takde paksaan..kan?

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!