Monday, January 09, 2012

..Johor...Gerek Seh!..

Nak hapdate blog je sebelum tido. Baru sampai dari Johor jam 9.50 tadi. Kul 8 tadi singgah R&R Pagoh untuk solat and makan sekali. 8.30 tolak balik Uniten..berdesuppp - 9.50 malam sampai sebab nak kejar Masterchef.

Orang Johor kawin memang meriah ...

Dah lama tak balik Johor umah mak ngn bapak saudara aku kat Pontian. Last sekali g Johor sebab ikut Abe oustation ke Pasir Gudang, memang la tak sempat nak jenguk sedara mara. Ramai tak tahu, abah aku orang Johor..so ramai gak pelik nape aku balik Johor. Kali ni aku balik coz ada kenduri sepupu aku kawin. 2 orang terus. Kalau tak balik, sangat lah tak seronok sebab ada 2 kenduri aku miss sebab ada urusan. Lagipun masa aku kawin dulu, pakcik and auntie aku anak beranak berangkut naik bas nak raikan aku. Emm, seronok balik kenduri kat Johor ni. Meriah siot...gerek seh! 3 hari 3 malam meriah. Dah jarang aku g kenduri semeriah-meriah kenduri. Paling spoil..malam semalam, mak cakap g umah uncle, dia panggil makan malam..so aku dgn setoya-toya perangai aku, pakai je jeans and t-shirt Angry Bird, bila sampai sana..omang aiii...meriahnya. Semua pakai lawa-lawa..ada malam berinai rupanya. Terpaksa la aku cover diri 'Maaf ya, Za pakai macam ni..baju kurung pakai esok eh..bawak 1 jek, nak balik amik, jauh'. Kuikuikui. Tadi lepas dah tengok dua2 pengantin berarak .. aku pun minta izin balik. Sadis lak muka uncle2 dan auntie2 aku sbb nak balik awal. Actually, aku sangat rapat dgn mereka masa kecik2 dulu..InsyaAllah, nanti ada masa, balik lagi sana eh.

1st day ke JPO..
Selain seronok kenduri, agenda lain yg seronok juga adalah lawatan ke JPO - Johor Premium Outlet. 2 kali kau aku g situ. Masa on the way ke Pontian dan masa balik ke KL. Ngehh.. Tak tahu la nak describe OK ke tak JPO tu. JPO ni amik konsep Premium Outlet dari US. Barang2 di JPO pun adalah branded item from US. Terus terang, kalau nak beli COACH, Burberry dan MK, beli Online lagi murah dr beli kat JPO wpun dah diskaun sampai 50%. Brand lain mcam Fossil, DKNY,CK, Timberland..pada aku lebih kurang harga KL jek. Beli Online masih terbaik. Yang paling buat aku selak, ialah masuk Outlet Nike and Puma. Adidas tak sempat masuk. Berjaya merembat training shoe from Nike dan 'sesuatu' dari Puma dan masih terbayang jaket Puma..mahu 1, Abe tak bagi.

2nd day ke JPO...
2nd day, aku rembat Levis dan seluar slack kat PADINI. Levis bawah RM150 dan seluar kerja PADINI tu, dari RM109, jadi RM32 dan RM50 jek. Hek hek hek. Abe beli kan baju untuk anak2 dari Outlet Poney. Baju yang RM rat-rat...jadi 18 hengget..memang kena rembat lah kan. Nak masuk Poney Butik..lom tentu akan membeli. Sebab lama kat JPO, tu yang sampai lambat ke Uniten. Sebenarnya JPO tengah ada sale and hari ni last day. Sebab tu murah. Ramai Singaporean kat sana..siap dtg ngn bus okek. Seronok la org singapore shopping kat Malaysia kan? Semua pun murah sbb currency.

Bukan Ombak Rindu sbb Selat Teberau takde Ombak..hahaha..
Sabtu petang, sempat jenjalan ke Penghujung Benua Asia - Tg Piai. Aku dah g 2-3 kali ngn abah dulu. Ni Abe nak bawak anak-anak lak. Takde apa pun kat sana..just kita ada kat hujung Benua Asia. Singgah juga ke Taman Negara..aisseyyy man, dah kena kepung ngn kera pulak. Mula-mula aku pakai handbag, bila tgk kera tu asyik perati je bag tu, terus simpan dalam keta. Sekali ada la couple ni, dengan confident nya bawak seplastik jajan ...apa lagi..hameekk kaau..kena serang la dgn binatang berbulu tu. Hampeh tul! Aku yang memang tengah lepak kat tugu pun kena la tempias. Habis seplastik jajan kena sedekah kat kera..pastu kera tu lak macam tak puas hati..nak serang orang lak tak tentu pasai. Sian ada sorang budak perempuan tu, baya2 Dania..dia kena terkam kat kaki. Melalak lah apa lagi. Dania lak dah nak nangis..emmm..terus blah. Couple tu pun blah balik. Kan dah ada papan tanda, Di Larang Membawa Makanan..tak pandai baca ke bro? Lepas tu g Muzium Bugis. Actually Muzium tu sepupu aku punya Pak Mentua yang punya. Dulu kecik je..lepas tu kerajaan Johor bagi dana besarkan. Kenapa ke situ? Sebab abah aku Bugis..hahaha..ada kena mengena? Tapi muzium tu tutup sebab dah lebih time. Lepak tepi laut..matahari tengah tenggelam..subhanaAllah..cantek banget.

Eh..panjang nya menaip..dah 12.30 laaa..kus kus kus..OK..tdo sudah. Bye!

3 comments:

B.e.T said...

ala.. pi JPO tak hajak.. nak pi jgk.. he he he.....

Liza Abd Rahim said...

sila jgn exit Muor kalau balik johor nnt..sila exit Kulaijaya untuk lawatan ke JPO..
x yah ajak...kan sokmo balik sinun.. ;)

B.e.T said...

uish exit tetap tu mana leh tak exit.. kene exitkan diri jugak.. =)







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!