Wednesday, January 11, 2012

..Bila Minda di Ketuk dan di Gesa..

Hujan terus membasahi hari Rabu ni. Seawal siang, sehinggalah ke larut malam dan mungkin hingga ke subuh pagi nanti. Minda terasa penat dan badan pula semakin berat. Dah lama tak bergurau senda dengan bola apatah lagi memaksa diri berlari demi setitis peluh yg boleh mencerdaskan badan dan minda. Semua aktiviti petang terngendala kerana tak cukup kenkawan nak berjimba.


Tahun ni agak memenatkan minda aku dengan Job baru. Adehhh..now ni lak otai aku asyik outstation..hamekk kau, job masuk bertalu-talu. Email, call, Ocs sampai user datang sendiri mencari aku di opis. Dah la aku masih dlm proses belajar lagi..banyak benda terkial-kial dan kadang2 tak faham pun user nak apa. Huhuhuhu. Terpaksa la call..dan bila kena call, PR lak nak kena jaga..Otak nak kena cergas ..nak kena fikir dan settle dlm hari tu jugak. Penatnyeeee....

Tadi jumpa bos aku untuk next KPI. 1st question was 'How is your attendance?' huhuhu. Aku jawab 'Kalau saya tak punch..ada la email masuk'. Tapi bos cakap 'I mean your working time during weekend'. Hahaha..amik kau..dah macam CT kena soal 'How do you like you coffee?' dan CT jawab 'In a cup.' Dushh..bodoh la siapa yg buat cite lawak ni...kalau dia tny aku pun aku tak tau nak jwb...tu kan Formal Bussiness English Communication..CT tu dah la kampung mari..kat sekolah pun tak ajar benda tu kecuali dia menang rajin baca buku. Em, soalan tadi..aku just jwb 'So far tak clash apa2 lagi..ok lah kot'. Dan aku dengar, pihak Pendaftar pun tengah cuba arrange balik jadual supaya tak kena kerja on weekend. Aku pun dah malas nak fikir lebih2..buat je la.

Em..Danish demam pulak ni. Kesian dia..risau lah. OK la..takde idea dah..tata!

 

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!