Wednesday, February 27, 2013

.. I Love Netball ..

Hello.. kaifahalukum? Wat per?

Bumi di simbahi hujan.. makanya, berbaring2 lah di atas katil sambil berfikir..nak dinner apa malam ni? Mr.Abe masih dalam flight from Taiwan..dia kerja ya, bukan makan angin.

Emm.. baru2 ni kan aku ada Netball Open TNB 2013. Aku mewakili Kelab Kilat TNB. Em..macam biasa, kerana cinta pada netball...aku dan kazie pun gigih la berulang alik ke HQ setiap petang lepas opis hour dan balik traning, kul 8.30 pm. Aku OK je sbb dah suka kan? Tapi tu lah..kalau dengan team UNITEN, aku adalah 7 pemain utama dan act as GS..dengan TNB ni..sekadar pemain simpanan. Memang la agak down sebab aku nak sangat main.. tapi..em, faham kehendak alam, GS kena tinggi..maka aku pasrah. OPEN game tak sama dengan game inter company..sbb Open game ramai state player. Pemain negara pun ramai..so all GS biasanya aras2 tempat shoot jek.

Aku dah main as shooter since sekolah rendah lagi. Aku main as GA..so tinggi bukan ukuran..yang penting ligat and fit. Tapi sejak main ngn UNITEN.. aku dh jadi GS. Mula2 stress gak sebab GS tak banyak gerak and aku jeniss tak dok diam..tapi2 lama2 okek. Pada aku.. sama je GS tinggi rendah ni..infact, kalau tengok games, shooter tinggi tak boleh shoot jauh..semua shoot bawah tiang..kadang2 tak masuk pun. Kalau tgk GS rendah2 ni...dia org boleh shoot jauh..



Ni gaya shooting aku. Mesti melonjak. Aku tak perasan sebenarnya..tapi ada org tegur... i got my own style..hahha. Macam susah benar nak shoot kan? Masa game TNB baru2 ni..aku just dpt main sekejap jek. Frust gak. Tapi takpe lah..aku redha. Dapat pengalaman dan training dgn cara betul secara percuma oleh coach bertauliah pun dh alhamdulillah. Beza kalau training dgn coach tauliah ni..dalam sebulan..kita orang akan di latih more on fitness and skill instead of playing. Kadang2..lg seminggu nk game..baru rasa main..lebih2 tu..memang menahan diri seksa training jek. Kena marah..kena denda..kena bumping..ohoiii.. memang menguji jiwa dan raga. Tapi..aku suka. Fit dengan percuma..sapa tak mau kan?



Ni 1st team aku dengan TNB. Lepas tu dah bertukar-tukar orang ikut masa sengang masing2. Ngam gak ngn dia orang ni.



Ni team masa Open TNB baru2 ni. Pun ngam gak. Masalah team ni adalah.. tak de shooter tinggi nak backup. Yang tinggi..semua main GK and GD



Ni last team aku main ngn UNITEN. Kami juara.. GS and GA team ni pendek jek. Ahaks..



Team ni campur2..ni kalau ada apa2 game Open yang kami nak join.. ini lah teamnya. Masih banyak yang perlu team ni baiki dan belajar.



Dan ini partner in crime aku. We are shooters. Kazie is GA..aku is GS. Kami serasi bersama. Fast game moto kami. Hahaha. Tapi bila main ngn TNB.. aku hanya duduk tepi padang tengok Kazie main..sedey. sob sob sob.

Setakat ini..saat ini, aku masih mencintai netball. Dalam team..perlu ada keserasian..ada kesefahaman. Kalau salah..tegur depan2. Tegur perlu cara..sebab kita semua dalam proses belajar. Sebagai GS, objektif aku adalah shoot and win. Tak pernah lagi ada niat nak main suka2 and sambil lewa. Cuba sedaya upaya utk jaringkan gol. Tekanan jadi Gs ni..hadoi! But netball is about a team...semua org ada matlamat yang sama. Jangan syok sendiri. Kalau aku merungut apa2..tiang tinggi la..GK hampeh la..itu hanya lah sekadar melepas getar dan gugup.. bukan alasan utk tak nak shoot.

Lepas ni maybe ada game dengan Pelitawanis dan GLU. InsyaAllah akan beraksi jika masih di perlukan.

Ok..papai! ♥


posted from Bloggeroid

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!