Thursday, February 21, 2013

.. Malas yang terbabas ..

Hello world! World lah sangat kan? World BLOG la...

Ya Allah, tak tahu apa nak jadi dengan aku sejak dua menjak ni. Malas aku makin menjadi-jadi. Dah mula buat 'tak kisah' dengan kerja. Malas sampai ke ubun-ubun kepala dah ni. Cuba mencari ruang dan peluang untuk skip benda-benda or kerja2 tak relevan or tak penting untuk aku. Masih dalam mode : Mencari diri. Buka slip gaji..kira2 balik..em, kalau 10 tahun lagi kerja mcm ni, memang tak kemana pun aku ni. Semalam saja bergurau dengan Nurul..sebab dah terlalu bosan dan terlalu lama kat sini, aku cakap :

'Please, tahun ni, minta boss calonkan nama den sebagai pekerja cemerlang. Dah 12 tahun ni..apapa pun takde hasil. Bukan tak buat keja..nak2 dah jadi koordinator ni, event semua jalan..aktiviti luar pun den aktif, please..bagi anugerah. Dapat sijil BSN RM200 ..jadi lah. At least semangat skit nak kerja. hahahahaadoi'
which one is you? 
Ada kawan-kawan ajak sambung belajar. Aduiiii..masih tak nampak ke arah tu aku ni. Aku dok fikir..selain jual handbag, apa lagi yang aku boleh buat dengan modal yang aku ada ni. Nak cuba buat something yang lebih besar manfaatnya. Tapi aku tak berani nak mula atau takut mula..tapi kemudian, just jadi Mat Jenin atau hangat2 tahi ayam. Ada idea? Tadi dah keluar berita, peniaga Online pun kena daftar peniagaan. Emm..
Rezeki kita, usaha kita dan hidup kita, ada pasang surut, ada atas dan bawah.Aku hanya orang biasa2 yang di berikan limpah kurnia dariNya. Kurniaan yang semua orang ada..yang semua orang dapat..cuma macam mana kita corak hidup kita..hanya kita yang tentukan. Aku sendiri takut dengan masa depan aku..sebab aku sendiri tak tahu, apa yang bakal aku tempuh nanti. So, jom sama-sama bersyukur dengan apa yang kita ada dan doakan kebaikan untuk semua. InsyaAllah, kita akan sama-sama bahagia. 

Aku dah lali dengan cerita2 yang sampai (masih ada rupanya ..eemm ) and aku terima sebagai 1 nasihat - Terima kasih, at least aku 'tersedar' juga. Mungkin salah aku juga, suka berkongsi apa saja..dan aku tak tahu hati manusia termasuk hati aku..hanya DIA yang tahu.

Okek, sebab tahap MALAS lagi tinggi, jadinya, aku seperti biasa,mempoyo kan diri. Roomate lak takde, hah! apa lagi. Amik enpon - Self Potrait la. Kira ni simpan tenaga untuk bekerja sepanjang March. Haaa..nak tahu? Bulan March nanti..aku adalah bekerja hampir setiap Sabtu kecuali 9hb Mac. Har har hadaoiiiiiiii.. 

Aku tak tahu nak cite pasai apa dengan gambar kemhow syok sendiri ni. Mungkin nak tunjuk, walaupun guna filter masa capture gambar..takde la jauh sangat bezanya selagi kulit kita sihat..kan? Sebab, aku rasa lawak sangat bila ada comment2 kat Instagram Siti Nurhaliza yang kata, Siti cantik just sebab Camera360. Ahaks..g la jumpa Siti tu sendiri..dia memang cantik and kulit dia memang la gebu.Guna  camera filter, lagi lah bertambah gebu Siti itu. Kadang2 ckp ikut mulut tanpa fikir ni bercampur lak ngn unsur2 dengki..memang ke laut lah kan.. 


NoFilter : Jelas kelihatan liang roma a.k.a pori2 terbuka. Begitu juga dengan jeragat..Eyebag juga kelihatan.
tapi takpe, kalau tak lawa pun..SENYUM SOKMO tau..SENYUM tu Penyeri Hidup ;)
Mana Filter? Mana NoFilter? 

All filter mode. Gambar besar filter mode : Natural. 

Ok la..netball time. Papai!

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!