Sunday, February 03, 2013

.. Kecintaan ..

12 noon. Hari kedua berkerja di hujung minggu. Sepatutnya aku tak kerja hari ni, tapi team member ada hal penting yang harus di selesai, aku ganti tempat dia hari ni. Team finance dah call, lunch dah tersedia. Jap lagi melangkah lah ke finance. Dalam dok boring2 ni, sempat lah melukis atau lebih afdal di panggil menconteng. Melukis - MATA. Salah satu objek yang aku suka untuk lukis sebab 'Mata itu Hati'. Dari mata..kebenaran terlihat.

Ada yang aku lukis ikut imiginasi sendiri..ada yang aku ikut hasil carian google 'How to draw eyes'

Aku tak pandai melukis. Tapi ianya satu 'Kecintaan yang sukar di lupakan'. Anak2 aku boleh melukis terutama Dania. 

Kecintaan yang aku sangat rindu nak buat now ni adalah 'MENDAKI GUNUNG'.Last sekali Gunung Dabong kot. Sepatutnya ke Gunung Kinabalu on Chinese New Year ni, tapi sebab takde member, terbantut lak. Tadi berborak dengan kawan kaki hiking semasa sarapan pagi di Finance. Saja borak2 cerita lama dan cerita terkini, dia nak ke MULU on raya china ni. Alahai..bestnya. Dia join team lain. Perlu ke aku expose diri dengan join team luar untuk mendaki? 

Kecintaan yang juga menjadi rindu dlm diam adalah bermain NETBALL. Ya Allah..rasanya dah 5 bulan tak pegang bola netball. WHY? emmm...entah. Aku pun tak tahu. Biarkan masa yang menentukan..

Belum di rasmikan lagi.
Kecintaan untuk berpeluh adalah suatu benda yang lama juga aku tak buat. Yap..senaman untuk sihat dan fit. Teringat kata teman hiking tadi..kena betul niat sebelum bersukan. Senaman untuk fit atau untuk cantik? hehehhe. Sudah tentu lah untuk 'fit' dan lawa itu bonus.Aku pun tak tahu nak main game apa lagi lepas melupakan netball sejenak. Game lain semua kena ada kawan kan? Maka, running adalah option seterusnya. Dan ohoiiiiiii..lama tak run. Kasut baru tu pun tak rasmi2kan lagi. Semalam call mak, mak cakap, badan mak dah sakit2. Aku cakap..atlet mana leh sakit..kan muda lg tu. Terus mak cakap..'kamu tu pun..sudah2 la. Stop la sukan ni..tengok mak ni..dah tua2 baru rasa'. Ngeh ngeh ngeh..tak aci la..mak resign sukan on 45 years old tu pun sebab lutut mak injured..Za baru 35 tahun. Ada at least 10 tahun lagi untuk setaraf dengan mak..ehehehe. Tapi betul lah..mak dah rasa kan..so pilihan di tangan aku. InsyaAllah, aku sukan yang ringan2 jek. Eh..aku dah 35? ayorkkk..

ok lah..perut dah munyik2..jom p makan. Papai all..

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!