Sunday, January 06, 2013

.. My shopping style ..

Dush! menahan mengantuk dan cubaan untuk tidak tidur di siang hari ini seakan berjaya. Macam biasa, kalau tak mau tidur..kena lah mengadap lappy. Membaca dan mencari info kat alam maya adalah salah satu hobi aku sebab aku jenis nak tahu and terus mahu tahu. Dan alam maya juga adalah tempat paling best nak cuci mata untuk 'window shopping'..kan? Aku kaki shopping? Maybe YES ... mungkin TIDAK. Tapi aku memang suka jalan2 kat Mall wpun sekadar ukur jalan dan cuci mata. Macam aku tulis sebelum ni, untuk branded item, aku lebih suka beli dari kawan kat oversea, jadi makanya, aku akan survey dulu di internet untuk dapatkan info. Tapi dalam banyak2 benda, Jeans dan Kasut adalah benda2 yang aku tak boleh nak beli Online kecuali..p cari barang tu, try..then baru minta kawan belikan. Kalau tak..samaada benda tu akan longgar atau ketat..nasib lah!

Kalau baju harian..takde lah sampai nak beli branded item yang mahal2 kat oversea nun wpun sebenarnya baju macam Guess, GAP, Timberland tu tersangat lah murah kat sana, aku masih membeli dari Mall kat Malaysia ni je. Tapi aku tak pakai baju mahal2 sebab pada aku, baju ni kejap benar hilang mode aku nak pakai. Kebiasaan, aku akan tengok design dan lepas tu baru tengok harga, lepas tu baru tengok brand. Kalau harga dan brand tu berbaloi..baru aku beli. Eh..tipu! aku tak kisah pun brand apa..hahaha. Even baju kat FB yang bawah RM30 pun aku beli..janji sukak!

Ni style aku beli baju sebab aku jarang sangat beli baju.



Kebiasaan, walaupun aku rajin g Mall cuci mata..aku hanya akan beli masa Sale terutama BonusLink Members Sale. Aku akan tuju ke tanda 70% or 50%. Ahaks. As semua orang maklum, baju sales ni biasanya outdated..ada aku kisah? Ala..setakat baju..jauh mana la pun nak outdatednya. Kita pun duduk Malaysia..tak yah susah2 nak pilih baju ikut musim. Kan? And twit! Nak shopping masa ni, WAJIB lah ada BonusLink kad ek..

Dan kebiasaanya, kalau nak paksa Mr.Abe beli baju...time2 ni je lah..kalau tak, jangan harap!


Kenapa Parkson? Sebab masa BonusLink Member sale or sale2 lain ikut musim, aku akan dapat balik pulangan voucher. Sebelum membeli, p cari iklan samaada dapat voucher ke tak. Pastu how much kena spent nak dapat voucher. Jadinya, 1st item tu..beli yang sales and bila dah bayar, dapatkan voucher..pastu baru g beli barang lain jika perlu. Sebab voucher ni ada expired date. So tak semestinya kena habiskan hari tu jugak. Em..pada yang ada Maybank Kredit Kad, kalau biasa guna kredit kad untuk belanja harian, macam Mr.Abe guna untuk minyak kereta yang cecah RM500 sebulan untuk both cars, di Parkson, boleh redeem point kredit kad kepada voucher. RM2-3 Rat insyaAllah senang2 je nak dapat. Macam ni lah Abe belanja aku .. dia bagi voucher instead of cash. 


Kylie Lang? Siapa dia? Entah..aku pun tak tahu. Yang aku tahu, Work wear dia BEST! 1st benda yang aku suka, kemeja kerja Kylie Lang adalah labuh dan baju nya ada sales up to 70%. Hua hua hua. Dan size baju Kylie Lang adalah ngam dengan aku. Ikut cutting, biasa aku pakai 6 atau 8. Lagi 1, baju nya sangat senang nak iron ...tak mau iron pun okek. Most of the baju is made from Japan Cotton. Tadi aku dah Google, siapakah Kylie Lang? Oohh..rupanya dia adalah designer from Australia dan kat Zalora.com.my pun ada brand ni..mana lah nak tau, dah lama tak tengok Zalora. Em..setakat ni, aku masih suka berseluar ke pejabat daripada baju kurung. So, kemeja adalah pilihan utama aku. Aku cuba juga cari baju muslimah untuk ke Opis..tapi rasa mcm makcik2 lah pulak. Opss..okek, bukan lah nak kata aku ni muda..tapi I got my own style. Tu jek. Hari Jumaat lepas, aku cuba pakai baju labuh ala Muslimah..cess, ada lah 2-3 'perli' aku..fesyen apa tu? Pakai baju siapa? Hahahahampeh...

Untuk keperluan lain, macam baju anak2, jarang sangat beli baju dia orang. Biasa beli time raya jek. Beli banyak2..pakai terus setahun. Kebiasaan, kalau keluar jalan, duit akan habis kat kedai buku dan makan2. Memang jarang sangat kita orang shopping just for fun walaupun setiap weekend, kita orang sure keluar. Kalau ikut anak2 dan Mr.Abe, mereka nak tuju ke Pusat Sains la..taman burung la..tapi Ibu yang tak mau. Hiks..Malas aahh!!


So, bila dah shopping dengan voucher ...boleh lah makan sedap2. Haahha..acah mak enon. Takde la sampai mcm tu sekali nak makan sedap2 kan. Hari ni aku layan anak2 makan Johnny. Semalam makan Sushi King..esok lusa tulat..kita makan kat umah je ya.

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!