Wednesday, January 02, 2013

.. Back To School 2013 ..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..hari ni berjaya menyekolahkan putera dan puteri tanpa masalah. Macam biasa, both of them tak de masalah nak bangun pagi.Sebab hari ni hari pertama persekolah, sememangnya jalan masuk ke Seri ABIM Sg Ramal akan jammed. Tapi alhamdulillah gak, Mr. Abe amik cuti untuk anak-anak hari ni..makanya, tak yah lah aku drive. Alhamdulillah jugak..yuran persekolah both of them telah di selesaikan untuk setahun. Cuma ada few books yang takde lagi..kena lah minta tolong Danish beli sendiri. Buku Dania dah settle semua. Dania di masukkan ke dalam kelas 1 Ali dan Danish lak..macam aku cerita tahun lepas, cikgu cakap dia dalam kelas 4 Abu Bakar..memang nama dia ada kat dinding kelas..TAPI tadi katanya, cikgu suruh dia masuh kelas 4 Hamzah balik. Apapun..alhamdulillah..dia OK. Katanya Danish 'Takpe lah ...Danish belajar kat mana-mana kelas..sama jek'. Hehehe..aritu dia yang sedih sangat. Bagus lah kalau dah boleh fikir .. Aku pun selalu pesan kat anak-anak..Belajar kerana Allah..bukan belajar just nak dapat No 1..kalau niat mcm tu..lepas dpt nombor..hilang semua pelajaran dalam otak. Memang lah aku selalu tegaskan belajar biar pandai..tapi niat kena betul. Kan?
Gambar Danish Blur..laju sangat jalan dan Dania yang slow and steadi... :)
Petang tadi, masa amik anak2, agak kalut sket. Sebab Abang ke lain..adik ke lain.Hai la Dania..dia ni memang berani. Dah cakap suh tunggu abang, dia wat hal sendiri lak. Janji tunggu sebelah koperasi..dia g ke kantin.Abang sekejap je jumpa..cari adik lak terkial-kial.
Borang Wakaf ABIM.

Masa dengar taklimat kemasukkan Darjah 1 baru2 ni..ABIM sedang mengumpul dana untuk membina sekolah baru. Menurut penjelasan yang aku dengar, jika ada ibu bapa yang berminat, potongan zakat boleh di buat khas utk sekolah ABIM, so kita tahu lah ke mana duit kita pergi kan? Atau kalau ada ibu bapa yang berminat untuk buat sumbangan wakaf mcm dalam borang di atas, pun di alu2kan. Wakaf minimum adalah RM10 dan kalau nak bagi lebih, boleh amik borang ni kat Pejabat Kewangan ABIM. Cuba tengok sumbangan yang mereka perlukan..RM900K untuk bina sekolah 3 tingkat..padahal..kat kawasan sekililing, berlambak2 rumah teres yang berharga 1.2 juta. Beza kan? So, kalau sapa2 mampu..boleh la buat sumbangan..
Sport Planet Warehouse Sale at South City Plaza.

Selesai urusan Dania, aku dan Mr.Abe terus ke Serdang. Lepas gunting rambut Mr.Abe, aku minta dia temankan aku ke South City plaza untuk jenguk2 Sport Planet Warehouse Outlet Sale. Hee..sib baik pujukan menjadi..so dia pun temankan. TQ. Em, South City Plaza dah mcm hidup segan mati tak mau..banyak kedai dah tutup. Warehouse sale tu pun agak menyedikan aku. Alahai..rasa mcm murah lagi sales biasa kat luar atau murah lagi kat JPO. Ada lah suar Adidas yang dlm RM80..tapi tak leh test..makanya, sekejap je aku pusing..kasut pun masih RM250 ke atas. Baik aku g Butik or Al-Ikhsan je kalau macam ni. Ntah la..tiba2 terbayang running shoe warna Pink..heheheh. Semalam aku takleh tidur...dekat kul 4 baru nak lena. Adeh..ni la padahnya kalau otak banyak sangat berfikir dan terlebih tidur siang. Entah bila aku nak mula aktif balik pun entah. Nak jog..memang la kena paksa diri. Malasnya ya Rabbi. Emm..dah la asyik rasa semput jek..adeh. Erk..tiba2 mengantuk... Ok la..nak p sambung baca buku..TV pun dah lama tak tengok. PC apatah lagi..biasa lepak dalam bilik..baca buku - hobi terbaru kot. 

Hiks..Poyos!

Papai!! muahh...




No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!