Monday, December 31, 2012

.. Happy New Year 2013 ..

Assalamualaikum world!

Alhamdulillah sempat update interface baru untuk blog ni.Dah lama tak ON pc kat rumah and alhamdulillah juga PC kat opis dah OK. So amik kesempatan update blog sempena tahun baru 2013. Apa azam tahun baru? Entah...tak fikir pun. Semoga jadi lebih baik dari yang lepas dan semoga semakin kuat untuk terus hidup dalam dunia yang penuh hal. Semoga segala kekuatan yang aku kumpul setakat hari ini untuk abaikan semua benda yang buat aku kecewa terus berkekalan. Tak mau dah pandang ke belakang dan tak mau dah fikir hal entah apa2. Biarkan orang dengan hal dan cara orang..dan aku dengan hal dan cara aku. Just berharap..aku tak usik hidup orang..orang pun tak usik aku. Memang frust dengan apa yang jadi terutama jadi di antara kalangan orang yang aku sayang dan rapat..tapi emmm..biar lah. Macam biasa agaknya..aku je sayang orang..orang tak fikir pun mcm tu pada aku. Heee...Jadi makanya, sayanglah diri sendiri dan keluarga. Famili akan sentiasa bersama..insyaAllah.


Emmm..doa aku..aku ingin jadi lebih baik dari yang lepas. Mengumpul kekuatan bukan lah perkara mudah dan melupakan perkara yang menyakitkan juga bukan senang. Aku masih percaya pada gerak hati dan selama ni..apa pun yg terjadi..aku tahu kerana gerak hati dan aku bukan jenis membabi buta bercakap dan bercerita sesedap rasa..aku jenis bertanya untuk kepastian. Dan..kalau aku tanya..orang masih tak jujur dan nak kelentong..terpulang lah kan..itu hal dia dengan DIA. Pada aku..dalam semua benda yang kita buat, biarlah ikhlas dan kalau berjanji....cuba2lah tepati dan kalau tak mampu nak tunaikan...Maaf adalah perkara terbaik untuk menjaga hati sekurang2nya.

Apapun...aku tetap aku - Tak Hidup Dek Puji..Tak Mati Dek Keji.

Hahahah..kan dah kuar ayat drama..Okek2..To all..Happy New Year ya..semoga kita semua terus gembira dan sentiasa di bawah lindungaNya. Aku happy dengan life aku sekarang TAPI tak berapa seronok nak ke opis..kus kus kus. Sebab dok umah lagi best...kan?

Ok la...tido jom..takyah la nak tunggu 12 am..tido lagi syok. Orang Korea cakap..nak cantik..kena tidur jam 11...bangun jam 3 pagi..tidur 5 jam dah cukup untuk kesihatan. So..jom tido. Hahaha..

Papai all..muah. Sayang semua yang sayang saya.. sayang ke? bluweekk..hahhaaha..papai!!

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!