Monday, November 26, 2012

.. My last Sunday ..

Kus kus kus!! Semput jap..berlari dalam opis sebab di kejar dek Anne Ikma..Penat oii! Ni lah padahnya kalau dah lama tak exercise. Bila tah nak mula balik senam2 ni. Nak tukar style lah..nak cari CD Paula Abdul, senam dalam rumah je petang2. Bila? Entah..hangat2 tahi ayam jek lah jawapanya.

Em, semalam - Ahad aku ada kat umah mak. Petang Sabtu lepas kerja terus bertolak. Rindu la kat budak2. Mr.Abe ajak balik..aku ON jek. Walaupun sekejap..we have quality time. Ikut hati nak je bawak balik budak2 ni. Takpe lah..next year, Danish dah Darjah 4, maybe dah boleh tinggal je kat umah time cuti. Tak yah hantar balik kampung dah. Emak abah tak kisah pun..dia org pun suka. Aku pun suka je sebab anak2 akan ikut Maktok ngn Wan dia solat kat surau sebelah rumah, mengaji dengan Wan dan belajar 'moral' dengan maktok. Ye lah..anak2 ni, dengan mak sendiri kadang2 tak jalan kan..

Ahad pagi, bawak budak2 tengok wayang kat Kinta City Ipoh. Tengok Rise of the Guardian. Alamak! Aku lah teruja tengok sampai leleh2 air mata..memang la cerita TAHYUL kan..fairy tales..tapi banyak moral story yang kita boleh kutip. Biasa lah aku ni..tengok kartun pun aku fikir dalam2. Paling best, apa yang akuu dapat - 'SIAPA KITA?'. Deep inside..siapa sebenarnya kita? Apa yang sebenarnya kita boleh buat .. Betul lah..aku sendiri dah LOST, siapa aku sebenarnya...siapa aku DEEP iNside? Emm..


From Danish and Dania..cute sgt kan? Alahai anak ibu..

Masa aku sampai Sabtu malam tu, around 9pm, happy betul budak2. Dania beri aku kertas bersampul. 'Untuk Ibu..Adik rindu Ibu'..oh! touching. Dia bagi lukisan 'Selamat Jumpa lagi'. Pastu dia kiss aku. Adehh..ni buat makin sedey nak tinggal korang ni. Pastu Danish lak..dia letak lukisan dia ada meja solek, and terus lari. 'Ibu..suprise!' Hahaha..lain lak si boy ni. Main suprise2 lak...malu lah tu. Hahaaaha. Dia pun buat kad 'Selamat Pulang'. 3D okek. So cute. Thanks Allah for these beautiful and smart kids for me. Pelihara lah dan lindungi lah mereka selagi hayat di kandung badan. Amin.

Riang ria hari Ahad with them.
Lepas wayang, ke kedai buku. Pantang sangat lah nampak kedai buku. Kalau buku, jarang aku dan Mr.Abe tolak. Kali ni Danish beli guna duit sendiri. Syukur, dah pandai menyimpan untuk dapatkan barang sendiri. Buku Dania pun dia bayarkan. Dania beli buku crossword puzzle. Sejak bila? Aku pun tak tahu..dia minat sangat selain melukis. Aku tak tahu potensi Dania..tapi dia sangat humble. Tak malu bertanya and sangat byk bertanya. Event 1 word yg kita rasa senang pun, kalau dia tak faham, dia akan tanya. Dia tak kisah pun orang nak gelakkan dia. Em..potensi dalam pelajaran aku tak tahu..tunggu dia masuk primary skool. Em..dah darjah 1 anak dara ibu ni..Tengok gambar..dia pun dah makin debab..sebab aku complaint, kalau kurus, ibu nak peluk tak sedap..so dia pun cakap 'Ok la..adik naik kan balik badan'. Hahaha..so girl2 kan?

Lepas kedai buku..tanya nak lunch apa? Dania nak Mc D..tapi sorry lah dik, buat masa ni, ibu dan babah tak makan Mc D..hehhee. So dia nak Sushi. So kita orang lepak Sushi King. Seronok tengok dia orang makan..memang kesukaan. 

Coach Wallet.


Ni my new wallet COACH from Mr.Abe. Of course la dari Mr.Abe kan..ate dari siapa lagi. Pujuk nak Gucci and Prada je tak dapat2..takpe2..nanti kumpul duit sendiri. Wallet ni lak, aku tertinggal kat Ipoh. Beriya p collect kat Kampar..tertinggal gak kat Ipoh. Aku sebenarnya dok fikir ni..nak pakai ke nak jual. Sebab aku sebenarnya kurang berkenan dengan long wallet..tapi susah nak dapat medium wallet COACH. Wallet COACH yang aku dok pakai now ni pun okek lagi..so ikut nafsu kan? Apa daa.....Kalau siapa2 berkenan, boleh email aku. Hiks...ORI ..direct dari USA ya. and alamak..dah lama aku tak update kedai aku..malasnya nak amik stok.Tapi nanti aku update item from Europe. So do visit my CuTThePrize. 

Aku tengah standby untuk event Kad Diskaun 1Malaysia ni sampai Rabu. Yang penting...makan pree..hahahhaa..

Ok la..nak wat minit mesyuarat. Dah jadi kerja hakiki aku lak wat minit...hiks!

Papai! Muah............



1 comment:

Anonymous said...

Hahhaha. Tau mengah mu. den ingat power. hahah.

Thank you kawan!.







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!