Wednesday, December 19, 2012

.. Jalan-jalan Korea 2012 ..

Assalamualaikum..

Okek..sebelum cerita basi dan sebelum aku boleh bekerja dengan 'betul' dek kerana demam ni..aku nak share gambar2 semasa kat Korea. Menjadi kebiasaan, aku bukan jenis hafal nama2 tempat lebih2 lagi kat sinun..semua nama tempat panjang2..nanti tunggu Mr.Abe update blog travel kami kalau dia ada masa eh.

Percutian ke Korea adalah tidak di rancang. Mula2, aku just hint2 Abe, nak g main snow..and tempat paling murah adalah China...bila baca review and tanya kawan2, China tak best katanya terutama toilet. hahaha..ni main thing yang aku fikir? Memang pun..aku boleh tido kat atas lantai..tapi aku nak toilet best..tu jek. Kuikuikui. Masa tu pakej ke China tinggal beberapa je kekosongan..and aku terus decide..TAK NAK lah. Dalam tu 2-3 minggu sebelum berlepas, aku pun google tempat best yang nak main snow..and jumpa lah KOREA. Aku tanya Abe..ok ke? Dia kata..uruskan semua. Dia ON. Yay! Aku pun gigihkan la mencari. Mula2 dapat satu company ni..TheSummit apa tah..pakej Muslim dia agak menarik..TAPI bila kita orang g opis dia orang..KEREK Seh! Nak tak nak je layan. Ok FINE. Keluar je dari opis tu..aku cakap kat Abe..'Za tak nak..SOMBONG!'. Ha..padan muka kau hilang customer. Abe kata, kalau takde yang ni..takde la rezeki dah. Aku gigih google sampai lah aku jumpa SEDUNIA travel. Murah la..ground pakej untuk 5hari 4 malam adalah RM1.5K seorang..flight cari sendiri. Tapi lps deal..sangat la senang and friendly si Tini yang deal ngn aku. so decide nak g dengan Sedunia. So dalam2 minggu..settle semua. Masa tu, belasah je tiket flight berapa2..dua org kena dlm RM3.8K kot. Lagi mahai dari g Perth..hiks. Tapi Abe kata OK..maka ON..


suhu yang paling beku yang pernah aku rasa - 19 celcius..subhanaAllah..
TQ Allah..and TQ Mr.Abe untuk percutian ini..

Di sini lah bermulanya perjalanan baru aku bertemankan Salji. Alhamdulillah..rezeki aku. Allah turunkan snow awal dari Tarikh..yay! Kalau tak, snow di jangka turun 22hb ke atas..syukurrr kan?? Sebelum ke Seoul, travel agent - Tini dah call..beritahu aku dah heavy snow kat sana..pakai baju tebal. Mula2 aku decide nak beli jaket baru..tapi..wat pe nak membazir kan? Aku beli inner dan kebetulan si dia bernama Anne nak bawk aku ke UniqLo..apa tu? hahaha..gila tak pandai brand kan? Rupanya brand Korea yang tengah jual barang winter..wow! banyak pilihan inner dgn harga bawah rm50 serte berteknologi HeatTech. Baju nya ringan je..so aku beli je yang tu and yg lain, pakai je apa yang ada..To Anne..thanks sudi drive den sampai ke Paradigm Mall..entah tak bermimpi nak jejak kaki kat situ..hehehe..

My 1st SKI experience...Hahhaa..susah lah!
Percutian kali ni juga 1st time aku pegang fresh snow. Dulu kat Swiss tu snow beku dan rasa la cebis2 snow baru turun...dan ini juga 1st time aku cuba sukan SKI..Ya Allah..sumpah! sakit badan wei. Main 5 kali..2 kali berjaya...3 kali tergolek. Tak masuk kaki cramp..tak masuk jatuh sorang2 tak leh bangun..memang lah TAK MAMPU nak main sukan ni. Tapi SERONOK untuk pengalaman ni. And pstt..since Mr.Abe is not a sportman..dia agak marah dgn SKI..hahahaha.

Ini penaja utama aku..TQVM
Ceee tengok pic di atas..setakat ni..bukan aku cakap..tapi orang cakap..dan rasanya semua pun cakap..'Suami awak handsome'. Okek..FINE. Dia je handsome..saya tak lawa..tak pe..dia lah rugi dapat saya. hahhaah..kang ada lak tulis kat comment 'macam POYO jek'..hahah..tulis la..aku dah lali.. Just nak cakap..TERIMA KASIH DAUN KELADI eh..hiks..abg memang hensem..kuikuikui..

Nak tengok gambar lain..moh click : Cuti Korea 2012

Thanks..have fun and papai!!

4 comments:

i'm not perfect said...

akak best ye..main ski pulak 2...best

Anonymous said...

Abe hensem, mu manis. :)

Seikhlasnya saya membawa anda. Lain kali kita p lagi. :)

*nuui* a.ka. tutt.ttuut.

Tini said...

Hi Miss Liza! This is tini!! I'm glad that you're happy with our services. =') thanks mention nama kite.. kikikiki... anyway, next trip, do deal with us again. Insyaallah kita bagi best best best price okekkk.. ^_<

Liza Abd Rahim said...

Hai Tini..
hahhaha..berjumpa kat blog pulak. Alhamdulillah semua OK wpun tight..but nanti, cadangkan supaya your company kena add at least 1 waktu siang utk solat. My hubby and I gamble je solat kat tmpt2 tersorak..mlm boleh balik solat kat hotel.

and Tini..sedih la..semua org g Jeju..I and another 2 group je x g sebab u ckp xde org nak g Jeju..uhuks!

Ok..insyaAllah..ada rezeki..cari Tini lagi.. ;)

TQ







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!