Monday, December 17, 2012

.. Demam ..



Em..baru je aku post kat blog time aku bersuka ria dgn famili kat Damai Laut selepas balik dari Korea kan? Dan hari..actually malam tadi..aku dah sengal2 1 badan. Bertolak dari Ipoh jam 9 mlm..aku cuba bertahan tapi akhirnya aku tak mampu. Bergelut dengan sakit sendi..akhirnya aku tertido. Sekali sekala batuk datang..Ya Allah..sakitnya perut dan ulu hati. Sampai je rumah..aku tukar baju, terus minta kebenaran Mr Abe..aku nak tido . Dah tak tahan...tido dlm keadaan panas dalam badan..memang la sangat tak selesa.

Pelikkan? Aku mampu bertahan selama 5 hari dalam cuaca sejuk beku..sampai cecah -19 celcius..dan balik..bercuti di Damai Laut yang sememangnya panas kerana tepi laut...aku sihat jek...sampailah satu detik..sedang aku sedang sedap menikmati satay sotong dalam kereta...tiba2 aku tersedak. Erkk..peritnya sbb sotong tu pedas...terus aku di serang batuk dan membawa kepada demam. Pagi tadi dah tak mampu nak bangun..maka aku amik keputusan untuk MC. Dah lama aku tak sakit...dan petang, suhu badan dah cecah 39.2 celcius . Huhuhhu..

Aku cuba utk tidak tidur lagi sebab takut sakit kepala..tapi nampaknya mcm tak mampu..bdn sengal sangat..

Ok..doakan aku cepat baik ya...

Papai! ♥

posted from Bloggeroid

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!