Saturday, October 08, 2011

..Big Bad Wolf 2011..

Baru balik dari Pesta Buku Big Bad Wolf 2011. Lokasi di Hall A, Pusat MAHA, UPM. Dewan lagi besar kali ni banding tahun lepas dan parking pun senang. Kali ni, since buat kat Tapak MAHA, perkhidmatan bas di sediakan. Seronok Dania dapat naik bas. Ye lah kan..budak tak pernah naik bas.

Rasanya kali ni buku tak semurah tahun lepas. Novel Nora Roberts last year just RM5, tahun ni dah jadi RM8 dan buku kanak-kanak takde dah semurah RM2. Paling murah RM3 dan harga boleh tahan RM6. Mungkin sebab sambutan baik kan dan masih murah kalau beli kat kedai buku biasa. Alhamdulillah, hall beraircond so usaha memilih buku pun menjadi sangat2 santai. 2 jam je kot dalam tu.

Bas tak penah putus ..senang nak dapat and Dania sangat happy dapat naik bas.
Operasi bermula dengan buku kanak2 sebab dia org ni cepat penat..
Luas terbentang, saujana mata memandang, sesayup poket untuk di kosongkan.. :)
Mr. Abe yang pantang nampak buku...aku pun dia dah tak ingat.. ;b

Eh, bertemu artis. Heehehe..Danish dan Dania dengan Uncle Idola mereka..siapa ya?
Aku lebih banyak pusing2 jek. Nak beli yang bahagian creative, terasa boleh cari kat internet jek..emm..
Sessi kemas kini..yang mana nak amik, yang tak mau..sila letak tepi.
Buku Danish and Dania..
Buku Ibu..beli sebab cover dia cun..boleh? hahahha..
Yang tebal gabak2 tu buku Mr. Abe..Jaminan..tak sampai sebulan comfirm dia abish baca..semua ni RM256. Ok sangat kot.
Kalau  tengok tahun ni, agak ramai jugak melayu. Mungkin lokasi memain kan peranan. Last year buat kat South City Plaza, Serdang. Majoriti yang pergi adalah Cina. Teruja tengok dia orang ni membeli. Berkotak-kotak. KALAU lah aku ada rumah betul2 nanti..aku nak ada 1 ruang khas untuk buku dan aku nak beli semua colletion bulu Walt Disney dan semua cerita dongeng 7 puteri yang aku suka baca masa kecik-kecik dulu. Impian ni..semoga tercapai. Amin.

Okek..mata nantuk la pulak..adeh! Go!



No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!