Tuesday, October 04, 2011

..Aku Sayang Aku..

Aku tetap aku..
Tengah berfikir - 'What is handover documentation?' and 'What does it look like?'. Buat ikut suka hati je lah kan and maybe after this, my documentation akan di ISO kan. Hahaha. Pagi ni baru aku dapat duduk kat opis untuk buat kerja-kerja documentation as one of my new JD. Alhamdulillah, beberapa urasan pertukaran JD aku telah di settlekan dengan bos aku. Aku email je walaupun ada yang tak bagi email dulu. Alah, penat la ternanti-nanti jawapan tak pasti.Memang style aku..tak suka menunggu..tertanya-tanya tapi tak mahu tanya atau pendam lepas tu makan hati - aku lebih prefer LUAH. Mungkin kadang-kadang bahasa atau cara aku yang tak kena. Sorry lah..kadang2, aku takde niat pun nak sakitkan hati sapa-sapa..cuma cara aku adalah cara aku. Dan semua persoalan aku telah berjawab tadi..so..OK, terus kan kerja macam biasa. AMAHAH! wpun aku ni agak hyper aktif dlm menegak kan hak aku..tapi aku macam ni lah juga..Kerja is Kerja. Buat saja lah! Aku nak jadi surirumah..tapi Allah belum makbulkan. Lagipun..aku ada impian nak tunaikan. Tunggu settle semua..baru fikir jadi surirumah balik..Aku sayang diri aku. Terlalu serabut dengan masalah, buat aku murung..tak bestkan? Selagi aku tak kacau orang..aku wish...orang pun tak kacau hidup aku tak kira la secara live, in blog or in FB. Please...

sayang sangat-sangat sayang pada mereka..
Pagi semalam aku berangin lagi dengan anak-anak masa nak p sekolah. Macam biasa, Danish bangun, solat subuh dan lepas tu mandi.Lepas tu giliran Dania. Bangun, solat dan mandi memang 3 perkara yang tak susah nak suruh dengan anak2 aku ni. Yang jadi slow melow adalah aktiviti selepas mandi..masa ni aku dah start jadi Tarzan. Kalau nak dia orang siap cepat - pastikan kena cakap 'Please..NO TV'. Kalau tak, piece by piece nak kena suh pakai..kadang-kadang siap awal, nak kena suh makan..nak suh sikat rambut, pakai songkok..pakai tali pinggang..aishh. Rasa nak kena rakam je sebab dh letih suh buat benda yang sama setiap pagi. Kadang-kadang dah nak kuar pintu rumah..baru teringat baju taekwando la..nak isi air dalam botol la. Em..dulu memang aku buat kan semua untuk dia orang. TAPI aku rasa, Danish dah besar..dah darjah 2 dan nak masuk 9 tahun depan dah tahun depan. Masuk kereta, pakai talipinggang and baca doa - Mesti! Zaman aku dulu, darjah 1, macam-macam aku dah buat. Memang dah jd seorang KAKAK. Aku nak anak2 aku ada rasa tanggungjawab dan tahu apa yang boleh dan apa yang tak boleh dan tak semua benda senang dapat. Memang nampak macam anak2 aku senang dapat apa yang mereka mahu..TAPI sebenarnya tak, semua adalah imbalan dari perkara-perkara baik yang mereka buat.Aku selalu suruh anak-anak aku fikir balik kenapa aku marah untuk setiap kesalahan yang mereka buat. Kadang-kadang, aku saja biarkan mereka buat silap supaya tahu apa bahana dari kesilapan tu. Aku garang dan tegas kerana aku sangat2 sayang anak-anak aku.Mereka adalah aku. Aku sayang aku.

Adios!

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!