Thursday, October 06, 2011

..Perubahan yang Merubah Masa Depan..

Sebenarnya malas nak menaip ni. Tapi duduk boring2 ni, menaip lah jugak. Nak cite apa pun tak tau. Nak cite pasai diri sendiri..macam dah berlalu dah zaman tu dan kekadang, terpaksa menapis-napis apa yang hendak di tulis..mula lah malas nak menaip. Lagipun, baru aku sedar, blog aku ni di ikuti oleh adik-beradik, ipar duai,sedara-mara aku gak. Huhuhu..bila ada yang mula mengbanding-bandingkan cara hidup aku dan cara hidup mereka..timbul 1 situasi membanding-banding susah senang hidup aku dan mereka..serius aku tak selesa. Dan dalam sehari, sekurang-kurangnya 100 orang akan view blog ni dan aku tak tahu siapa..so, setiap kali nak update..banyak benda kena berkira-kira supaya tak guris hati sesiapa dan paling penting.. tak di kata riak atau jadi bahan mengata. Trauma tak abish!

Blog Authentic Branded Item Aku berwajah baru.
Yok Shopping Yok : http://cuttheprize.blogspot.com/
Petang tadi dalam 30 minit selepas waktu kerja, sempat aku mengubah blog bisnes aku. Design banner baru dan tukar template. Style design aku now, amik gambar jek. Fikir konsep untuk blog, cari bahan-bahan dan snap. Pakai kamera Henpon saja..so far, aku sangat puas hati dengan camera Experia ARC. Setakat nak wat design bodoh-bodoh, memang boleh layan lagi lah. Since dah ada konsep dah bahan, dalam masa 30 minit siap semua. Wah! Magik. Walaupun so-so saja designnya, aku suka jek. HAhaha..syok sendiri? Dulik lahh..blog aku. Kan? Aku cuba aktif balik mengoder stock dan aku ada target sebulan berapa aku mesti dapat. Aku nak naik kan jumlah modal kepada RM10K ..so untung2 yang ada sekarang, memang aku pusing balik as modal. Lagi 5K cukup la RM10K. Lepas tu baru fikir untung2 lain nak buat apa. Aku nak buat umrah..tapi kenapa lah aku takut sangat nak kesana. Mak dan abah ajak g tahun depan..huhuhu..dan kalau booking dari sekarang, RM5K sorang dah boleh pergi..TAPI..huaaa..atau aku tak layak ke sana? Nauzubillah...

kadang-kadang, apa yang kita suka, belum tentu BAIK bagi kita.. :(
Hari ni, genap seminggu aku sarapan pagi tanpa secawan Nescafe O panas gelas besar. Sob sob sob...sedihnya. Atas nasihat doktor, aku tinggalkan air kegemaran aku ni pagi-pagi. Pernah aku langgar pantang sekali, memang sah..minuman ni yang buat aku sesak dada setiap hari. Kalau dah gian sangat..after 2pm, baru aku amik nescafe. Cuba untuk tidak menjadi DEGIL dan alhamdulillah..kesemputan aku beransur-ansur pergi. Cuma yang jadi tak berapa nak best, sarapan pagi, aku terpaksa order Milo Ais. Memang meloya la tekak minum milo pepagi ..so terpaksa oder yang berais. Aku memang dah tinggalkan milo lepas bersalin Dania 5 tahun lepas. Tak lalu aku..masa pegnen, pagi petang siang malam dengan milo. Uhuk. Tapi demi satu perubahan yang boleh berubah masa depan, aku kena berubah.

Eh, terlupa. Makcik aku yang di sahkan kanser baru pulang ke rahmatullah tengah hari tadi. Innalillah dan semoga di tempat di sisi orang2 yang beriman. Aku tak balik ziarah sebab memang tak sempat. Mayat akan di kebumikan lepas Asar kat Penang. Mak abah dan abang jek balik sebab dia orang dari Ipoh. Agak terkejut dengan kematian tapi alhamdulillah sempat melawat arwah masa raya baru-baru ni. Ok lah...terpanjang lak menaip. Kalau sambung lagi ni..tah apa2 la aku cite nanti..huhuhu..

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!