Tuesday, October 25, 2011

..Ori atau Imi..

Title ni aku penah tulis beberapa tahun lepas untuk sebuah artikel dan terpilih untuk keluar di majalah Intrend. Masa tu aku menulis kerana terlalu tergila-gila kan Coach Patchwork Swingpack dan aku tak mampu nak miliki bag yang berharga RM400 yang di jual online itu dan RM600 kalau beli kat Butik Coach Malaysia.Rezeki Allah bagi kan..sekarang selepas memiliki beberapa buah brand COACH tu, aku sendiri dah jual brand tersebut. Now teringin GUCCI..kemampuan bukan lagi persoalan..soalnya ..KEPERLUAN atau KEMAHUAN? Yezzaa..semakin meningkat dewasa..byk benda aku dah mula slow merembat dan meroyan untuk memilkinya. Tanya Abe..bila last aku bergolek2 minta barang mcm dulu? Dah takde kan?

Namun kadang-kadang, bila nafsu menguasai..Kemahuan pasti akan jadi Keperluan kan? Cuma cara nak dapatkan tu saja agak berbeza. Now ni, aku agak teringin dengan Crocs Carlisa Mini Wedge ni. Sempat mencuba di Butik Crocs. Sangat lah best dan selesa. Harga? RM249 lorr..haiya! Terus aku letak balik. Tak mampu? A;ah..tak mampu nak keluarkan duit sebanyak tu untuk sepasang kasut getah tu..dah sama harga dengan harga kasut kulit Clarks sekurang2nya. TAPI, emmm..kalau dah suka...mula la asyik teringat jek. Hajat di hati nak minta kat Abe..tapi sian dia lak. Kenapa kesian? Ada laa..hek hek hek..tp lps 'tu' nanti..hilang lah kesian tu kot..hak hak hak.

Ada member beri aku link kedai kat FB jual kasut ni dengan harga RM109 dan kasut tersebut di dakwa Authentic dari Kilang di China. Emm...bukan tak percaya..tapi Crocs ni susah nak kenal Ori atau Imi lebih2 lagi Imi gred A. Bukan lah POYO tak mau pakai barang FAKE..tapi..byk sangat bezanya Ori dengan Imi crocs ni. Memang RUPA sama..tapi RASA memang lain. Finishing and Quality lagi la berbeza. Aku dah berkira-kira nak order ni..TAPI takut la pulak. Fenin....so nak buat apa ni? Nak beli yg RM246 tu..idak la KOT kecuali ada org nak belikan..sila belikan ya seperti gambar di atas. Size W7..hek hek hek.

Esok cuti Deepavali...apa mau bikin?? ...ok la..GO!

2 comments:

MRS. AJ said...

Kumpul duit dulu, dah cukup, Angah belilah yang ORI! Atau mintak sponsorship Mr. Husband. Kalau tak pun Angah n Mr. Husband bayar half2. Better buy the ORI one! Beli yg IMI ni tak berbaloilah.

Liza Abd Rahim said...

hai Usu..
biasa angah minta dapat jek..tapi sebab duit dah byk nak ke sinun..so..dia pun berkira2 lor this time. Mmg biasa pakai yg Ori..tunggu bulan 12 je lah kan.. ;)







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!