Saturday, October 06, 2012

.. Hari ini ..

Budak bijak ini semakin banyak main..maka pelajaran dia sudah agak merosot.. sedey!

Hari ini .. aku bangun tersangat lambat. Balas dendam sebab kerja weekend for 2-3 weeks.
Hari ini .. Mr Abe sakit perut and demam. Jadi kami hanya duduk di rumah. Boring!
Hari ini .. Dania belajar masak nasi. Kami makan nasi yang di masak oleh Dania.
Hari ini .. aku masak lunch kerana Mr. Abe tidak sihat.
Hari ini .. Aku mengajar Danish Bahasa Melayu kerana result BM Penulisan dia sangat teruk.

Keh keh keh ... dah macam kelas bahasa kan? Ni semua gara-gara duduk mengadap Danish. Minggu depan dah nak periksa. Semakin dia besar...dia dah agak lalai sket. Banyak main. Emm...jadi mcm aku lak dulu2...sibuk nak main, sibuk dengan aktiviti kokurikulum. Bukan salah dia nak main, cuma, dia budak bijak..sayang kalau merosot kan? Aku selalu pesan..kalau nak jadi macam babah,belajar la rajin2..kalau tak, jadi lah macam ibu jek. Danish ni pandai..tapi dia careless. Buat kerja sambil lewa. Kadang2 bila tengok result, byk yang silly mistake.

Cuti sekolah dah nak dekat ? Tak sabarnya rasa..tak sabar nak cuti. Walaupun tak plan ke mana-mana cuti kali ni..tapi still tak sabar nak cuti. Hari tu,aku ajak Mr.Abe ke China bulan 12..dia ok jek and suh aku booking..tapi bila aku fikir2 and tny kawan2, best tak China especially during winter, dia org suggest kan tidak pergi. Kerana semua jd beku. Aku search google, memang betull..semua pun beku, suhu bwh -1 celcius. Emmm..jadi aku tak booking lah percutian itu. Haisshh..kenapa lah aku ni! Tak seronokknya nak kerja lagi... :( 

Okek..saya seperti di serang darah tinggi kerana mengajar Danish..sebab tu saya tak boleh jd cikgu...Roar!!! 

Papai!!!

pst : tidak salah untuk bersedih daripada pura2 gembira...


No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!