Wednesday, October 31, 2012

.. Danish yg kecundang ..

Wajah Kecewa seorang Danish
posted from Bloggeroid

Danish Hakimi seperti berada dalam tekanan sejak bermulanya peperiksaan akhir tahun lepas baru-baru ni. Tertekan untuk mengekalkan kedudukan No 1 dan tertekan kerana tak mahu masuk kelas paling bawah next year. Bercita-cita untuk masuk ke kelas Abu Bakar, kelas paling atas di sekolah dan tak mahu kekal dlm kelas Hamzah. 

Setiap kali dpt markah peperiksaan, ada peningkatan dari peperiksaan penggal pertama TAPI nampaknya, ada lagi kawan2 dia lebih meningkat. Tekanan Danish semakih hebat bila..dia bukan saja gagal duduki tangga pertama..tapi dia hanya mendapat tempat ke 6. Nampak kekecewaan di mukanya. OK tak no 6 tu? Aku sbg ibu, agak ralat la sedikit sebab dia pernah dapat No 1..tapi kalau tengok peningkatan dari segi pemarkahan..OK je No 6 tu. Cuma aku tak mahu dia berpuas hati..sedikit tekanan aku beri. Bukan membebel..tapi sekadar nasihat. 

Tiba-tiba dia cakap 'Danish nak jadi pemain bola lah ibu.' Aduihhhh! dah sah penyakit aku dah melekat pada dia..naik darjah 4, pelajaran aku merosot sebab sibuk dengan Kokurikulum. Emm..bukan membantah sebab aku faham apa yang dia rasa..tapi cuma tak mahu dia abaikan pelajaran. Aku pula yang stress. Uhuk..salah aku ke ni? 

Kata babah 'Biarlah dia...biar dia rasa pengajaran dan ada pengalaman'. Emm..since babah yang bijak bistari pun dah cakap mcm itu..ibu lah yang takde apa2 ni..akur je lah. Cuma aku suruh senaraikan pemain bola yang betul2 berjaya dari akademik dan games. Susahkan nak ada? Aku dulu main pun..takde la cita2 sampai nk p main peringkat Negara...aduiii la Danish. 

Tak apa lah Danish..apa2pun, doa yang terbaik dari Ibu..sentiasa ada untuk Danish. Cuma jangan lupa ibu dan babah bila dah besar dah lah. Nauzubillah. 

Sedih tengok dia sedih..tapi tak boleh tunjuk sedih supaya dia ada perasaan menyesal dan kecewa. Hidup ni tak senang. Nak senang pun bukan senang...nak susah tu memang senang..Semoga dia belajar dari kesilapan dan tahu potensi diri. Apapun2, alhamdulillah..Danish and Dania anak yang senang di jaga .. syukur.

OK..papai!


No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!