Tuesday, September 04, 2012

.. Cuti Merdeka Buat Apa? ..

Halluu..eh..hello..eh..Assalamualaikum. Alamak! dah nak Asar..taip laju2..
Hah! alamak, ilang idea..gguguguu.

OK..terus kepada matlamat..cuti Merdeka buat apa? Aku dan famili meluncurkan membalikkan diri ke rumah emak..balik lagi? A ah..balik lagi dan lagi dan kalau boleh, nak balik hari-hari umah mak. Selagi ada peluang balik..kena balik. Nanti dah start event kat tempat kerja...apa pun tak leh..dok la opis di hari sabtu ahad walaupun hanya standby..Oh My Gucci! Bulan 9 ni, cukup lah setahun aku membuat kerja yang aku tak suka. Pasai kerja ni aku BERPERANG ngn BoS Aku dulu! Tapi Alhamdulillah...aku dan bos, OK je now ni..emm..tapi hati aku tetap tak minat dengan apa yang aku buat now. Esok buat KPI..tengok je lah nasib diri...berserah dan pasrah.

Balik ke asal..masa balik Ipoh, singgah jap Mc D Sungai Besi..pecut punya pecut nak kejar sarapan pagi..sampai dan sempat berbaris and TeT! tepat kul 11, aku masih berbaris..menu sarapan pun abish. Huaaa...nak nangis. Ada yang dah kuar dari barisan..aku tetap berbaris..dan bila sampai turn..aku ckp nak gak sarapan Mc D..sib baik ada lagi 1 burger dan coffe..cuma hash brown di gantikan dengan fries..boleh lah. Alhamdulillah. Phew..macam mengidam lak..tapi Opss..TiDaK ya rakan2..ngeeee. dan di sini juga lah aku berjumpa dengan kawan FB..oh pertemuan! Mesra dan friendly nya dia. Semoga berjumpa lagi nanti ya. 

Sampai Tapah, kita orang ikut jalan dalam dari Behrang. Kepada sesiapa yang tak tahu, jalan dari Tangjung Malim ke Bidor adalah OK jika malas nak ikut Plus. Jalan 2 lane both side..so lebih kurang PLUS..maka, ikutlah jalan dalam, jimat tol. Haa..sampai Tapah, Mr.Abe berhenti solat Jumaat di Masjid Tapah and lepas tu terus ke Hutan Lipur Kuala Woh. A few Km dari Pekan Tapah, jalan nak ke Cameron. Budak-budak sibuk nak mandi..maka, mari lah melayan. Abe la teman dia orang dalam air dan aku, duduk tepi amik2 gambar..tengok gelagat orang, tengok alam..dan celop2 tapak kaki jek. Malas la nak bermain air. 


Pintu Masuk Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah, Perak. Now dah cantik tempat ni..semua lengkap. Bilik air, toilet, surau, kem based dan mcm-macam lah.
Sebelum singgah beli buah ni..TERINGIN ..sebab dah lama cari..dan lagi sekali, bukan mengidam ya..hahaha. Ni namanya buah Tampoi atau orang utara panggil buah Ster. Seikat RM8, orang asli jual. Balik umah abah..abah cakap..Mahai nya..hahaha..mana nak tau. Bayar je la kan..and kesian orang asli tu..penat dia org petik. hahha..Sedap buah ni wpun terpaksa berlawan dengan biji.
Kolam air Kuala Woh ni cetek jek. So..biarkan lah budak2 ni je mandi. 
Ni Pemandangan dari sebelah kiri aku. 
Me and Dania..see..aku kering jek..hikss..
Okek..nanti2 kalau nak ke Utara, boleh la singgah sini kepada yang rajin.. Chow!

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!