Friday, September 21, 2012

..Re Visit Genting Highland ..

Hoyay! Problem kat Galeri selesai...lega nya rasa..kalau tak, memang out of mood. Semoga Pendaftaran Pelajar Baru Lancar Isnin depan..and hello..next week on words..Makan minum saya adalah di tanggung sampai bulan Oktober..Hip hip..hooreyyy!

Em, nak cite pasai genting ni..tapi tak sempat2 ..so lunch time Jumaat ni adalah panjang..lepak jap update blog.


11 dan 12hb September baru-baru ni, Danish di cutikan sekolah kan oleh skool ABIM sebab ada peperiksaan UPSR. Kita orang memang pantang lah cuti2 ni..so, Mr Abe pun booked la 1st World Hotel Genting seminggu sebelum naik ke sana. Dah jadi macam acara tahunan lak naik Genting ni..rasanya since Danish kecik, tiap2 tahun kita orang naik genting. Tak boring? Entah la..as long as anak2 Happy..OK jek. Lagipun..dari kecik..sampai besar..ada je ride yang dia orang boleh naik and tak selari dengan ketinggian..so takde masalah nak g sana every year. Tapi as a adult...mungkin lah boring kecuali bagi mereka yang bercinta..kawasan selamat utk buat jahat..kehkehkeh.


Nak di jadikan cerita...kan registration semua Mr Abe yang buat. Semua online booking. Register guna nama aku tapi dia lah yang buat bayaran. Macam biasa la, kalau dah Online, semua benda nak kena print dan bawak..so aku pun bawak lah benda2 tu semua. Pagi2 dah keluar dari rumah sebab nak elak jammed kat KL. Dengan kelajuan yang biasa2..sampailah ke Genting. Parking and naik lift 1st World..keluar je lift, Mr Abe minta Ic aku untuk registration...Jeng Jeng Jeng. Hah!!! Wallet aku tertinggal....bawa handbag je.Adoyaii!! apalagi..dah nak jadi Hulk la Mr.Abe...kui kui kui. Siap ajak balik amik wallet. Erkk..takde kerja la pulak kan? Aku amik la tanggung jawab ni sebab salah aku. Tu lah..dah biasa jalan tak baik wallet..hiks. Aku pun g la ke kaunter..dengan penuh hemah, aku bagi la the document and cakap wallet tertinggal kat KL...alhamdulillah..lepas untuk Taman Tema dan untuk registration hotel pun senang..lagi senang dari bawak IC..sebab ada kaunter khas utk orang yang ada prob macam ni..Alah! dah settle semua payment kan? Tak kan takleh masuk lak..kan??


Ni scenery Genting pada hari tu. Nice..tak panas and tak sejuk. Suhu dalam 19 darjah je kot.
Bumper cars adalah game yang paling jadi rebutan. Since ni bukan cuti sekolah, tak ramai sangat lah yang beratur. Budak2 ni dok ulang2 naik dari mula sampai ..hingglah ke malam. Cuma bila Danish dan makin tinggi..Dania dah takde geng. Bumper car budak bawah 122cm ni lain...so, Danish g main dengan babah kat level atas, aku teman Dania. Kalau aku rajin, aku berbaris, main sekali..kalau malas..layan Dania je. 
4D motion Cinema ni pun antara benda yang KENA masuk. Tapi kalau time pack..Ya Ampun..stress aku nak berbaris.. Ni tak packed, so,aku join. Biasanya aku tengok dulu movie apa..kalau ala2 Scary..hahaha..sorry la..acik tak mau masuk. Gila kau..4D kot..depan mata je..movie scary yang aku tengok sampai serik nak masuk lagi adalah..Haiwan Purba di dalam laut..masa tu 'binatang' tu nganga mulut..and nak ngap aku..gila depan mata..elak punya elak..dah takut sangat..aku cabut spec 3D tu..terus ilang binatang tu..hahahaha.. 
Ni stage kat tengah2 Indoor Park ni. Layan jugak lah. Kali ni, ada Magik show dr mamat Hungary ni. Danish mcm biasalah..pantang di ajak untuk benda2 macam ni. Memang laju ke depan mencuba. Magik mamat ni menarik. Teruja la jugak. Benda depan mata..nak cari trick dia pun tak berjaya. Lepas show, dia tadah topi..orang bagi duit. Ada pak Arab tu masukkan RM50..aishh..kaya lah kau mamat Magik..penuh kot topi tu..
Bila naik je benda ni..sure teringat. Kecik2 dulu..aku teringin sangat nak naik benda ni..nama dia Marry Go Round. Dulu, benda ni jarang ada kecuali kat Fun Fair. Bila nak naik ..mak cakap, tak boleh. Mahal. RM4 kot sorang masa tu. So agak kempunan lah juga. 1st time aku naik benda ni kat Genting la jugak..gila teruja. Macam mimpi jadi kenyataan..hahaha..gila tak? and now..bila anak2 ajak naik..aku pening..hiks. 
Ni suasana kat atas bila dah nak petang..dah mula berkabus. Setakat ni, aku tak penah lagi g Outdoor game sebab takde geng yang berani nak cuba mainan2 kat dalam tu. Teringin nak cuba..tapi sebab yang tak berani.so tak berbaloi nak beli tiket outdoor. Aku cabar Danish..nanti g lagi..sila teman ibu. Sib baik dapat rasa roller coaster masa kat DisneyParis ..tu je la pengalaman yang ada..
Ni lah bilik yang mampu duduk. Kecik je sebab tujuan utama g sana bukan nak lepak bilik. Nak g main. Bilik mcm ni, kalau bukan pack time..murah je..tapi kalau time cuti, boleh sampai RM200. 
Dalam indoor park, adalah sebuah roller coaster biasa ni. Boleh lah nak layan. 3-4 kali gak aku naik. Danish sampai gigil2 lutut sebab kena cabar ngn aku. Tak BOY lah kalau penakut kan? Dania je sedey sebab tak dapat naik sebab tak cukup tinggi. Ni mamat tu bagi kita org chance naik 1 famili utk bergambar saja. Tengok la muka Dania..muka PASRAH. 
Ni perubahan yang agak drastik. Snow World berubah wajah. Since dah rasa salji ori..maka rumah ni dah tak layan. Berlagak tak?hahaha..takde lah. Mahai sebenarnya nak masuk sini. Lagipun dah rasa real snow..cukup lah kan? Tapi kalau masuk..wajib amik gambar..sebab dulu sgt lain.


Satu lagi benda yang aku sangat teruja adalah...dlm tu dah ada NIKE OUTLET..hahahah. Terus masuk wpun Abe tak mau. Tapi ibu ada anak sehati sejiwa...laju je aku ngn Danish masuk tanpa hiraukan babah dan Dania. Sambil aku masuk tu..ada la suara berbunyi 'Hai...macam ada duit je kan?' hahahha..lupa lak aku tak bawak wallet. Takpe..kalau aku bawak wallet pun..duit aku tak penah kuar. Aku amik la track bottom Nike..biasalah, untuk bersukan. Danish minta bola..maaf la cik abang..dah 2 kali ibu beli..semua hilang di curi orang.. huh!


Petang kul 6, Mr Abe bawak anak2 turun mandi kat pool. Kolam air panas. Aku? Tido dalam bilik. Hee..sorry la. Aku belum berapa teruja dengan air. Lagipun kepala aku dok fikir pasai Jamuan Raya ITMS. 
Last day. Balik Time. Pagi2 biasanya Genting memang lah berkabus. Nak photo2 pun tak berapa cunz.

Ini lah 2 permata hati saya.. doa yang terbaik sentiasa untuk kalian. Amin.
Luv my famili...ada ke org tak luv famili? hahah..Bye. Nak g makan...lapo la pulok..

1 comment:

Anonymous said...

entry yg sgt besss....sukenyee...
part tgk cinema..atg tergelak sowang2..huhu..kelakouu ler..

lame x dtg sini..hehee
smoga kalian smua bahgia sokmo n di murahkan rezkii lagi..lagi..AMIN







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!