Tuesday, September 25, 2012

.. Cermin diri ..



Ni lah hasilnya bila pagi2 buta dah menjejeh2 airmata. Ramai gak yang tegur tadi...Asal muka sembab? Nangis? Penat? Huhuhu..hanya dengan insan2 tertentu je sesuka hati airmata aku akan jatuh..so aku jwb je lah 'penat'. Ahaks..

Tu cerita pagi tadi..lepas sessi perbincangan..aku back to normal..just muka je lah takleh nk sorok. Sebenarnya, aku bukan kisah sgt pun dengan mark aku..tak yah la susah2 nak salahkan orang lain..rate diri sendiri pun aku tak bagi aku RM semua wpun aku tau, boleh jd neraca untuk seimbangkan markah..tapi takpe lah. Kalau nak tahu atau tak sedar, bila kita sibuk rate diri kita as RM, it will effect your Intergriti masa kenaikan pangkat nanti..so, renung2kan lah kalau grad tak naik2. Tengok pulak rate peer, lagi lah takde efect kalau dia org nk bg aku baik atau tak..Memang semalam aku ada ckp kat Mr.Abe, Peer aku bg okek jek wpun tak dpt RM..dpt AT tu pun ok..Abe cakap..'5%, tak jadi apapun..semua bergantung pada rate boss'. So, aku abaikan je la..dan boss dah jumpa..itu je lah hasil yang aku dpt. Tak yah la berangan nak jd RM..AT jauh sekali...dan aku sedar, aku belum mampu nak jadi sebaik partner aku..terlalu jauh nak kejar atau sama tarat ngn knowledge dia. So, redha...!!

Ada banyak benda yang aku fikir..sampai hati dan minda aku dah tak boleh nak bersatu...apapun..aku sedang cuba untuk tengok dan cari salah diri sendiri..teringat kata2 ni :
'jika kita rasa kita byk masalah..cuba renungkan, sejauh mana kita dekatkan diri dengan Allah..dan jika kita rasa kita tak dapat apa yang kita mahu..Allah mahu tahu kerana dia memberikan apa yang kita perlu..tetapi bukan apa yang kita mahu.' emm..memang nak berkata2 tu senang kan? Tapi nak pujuk hati .. ? Hanya diri sendiri je mampu buat..

Dalam keadaan hati dan minda huru hara ni..dah seminggu lebih aku tak turun netball. Rasa nak letgo je semua..rasa nak buat hal sendiri..rasa nak pergi jauh2 dari sini...aishh..ni la kan..byk sgt ikut rasa...binasalah lah jawapannya Liza oiiiii.. Apapun, pesan aku pada diri sendiri...marah mcm mana pun..jagalah bahasa..jagalah kata2..nnt kerana mulut badan binasa dan bahasa jiwa bangsa! Aku,mereka,kamu dan semua...tiada siapa yang sempurna!

Pening....babai!!!

posted from Bloggeroid

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!