Sangat jatuh cinta dengan melodi dan lirik lagu 'Jamal
Abdillah & Malique - Aku Maafkan Kamu'. Mungkin aku agak ketinggalan sebab aku tak tau lagu ni wujud bila. Aku sendiri pun jarang layan lagu..tapi bila baru2 ni ada kesempatan melayari Youtube..aku jumpa lagu ni dan terus dengar. Lirik dia sangat lah makan dalam.. hehehe. Memang bestla cara lirik ni di sampaikan.
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi
dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi
tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari
dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari
penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta
dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang
tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli
ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal
dikesan
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup
kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut
namaku
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali
tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu
ini madah dendam
Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk
neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan
jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka
tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih
malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta
bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah
diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata
tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Baling ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi
dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang
aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang
menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar
sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila
lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah
mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada
kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak
melalak
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi
dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang
aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi
dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan
No comments:
Post a Comment