Thursday, September 20, 2012

.. Innocence of Muslims - Me PROTEST! ..

Pelbagai cara umat Islam dunia menunjukkan PROTEST terhadap filem ini.
Assalamualaikum...

Terpanggil untuk menaip sesuatu mengenai filem ini..sebelum ini, aku hanya membaca, melihat dan mendengar tentang filem dan kemarahan umat Islam tentang semua ini. Bohong lah kalau tak terdetik sedikit pun dalam hati perasaan marah..tapi..siapa aku? Marah dalam hati adalah cara selemah-lemah umat Nabi Muhammad jika tidak menyukai sesuatu yang berkaitang dengan Agama Islam. Ya..benar. Aku memang lemah..maka, itu je yang aku mampu. Tapi pagi tadi, masa dengar Ikim.fm, isu ini di kemukan kerana terdapat konspirasi terbaru - Di Perancis, Karakatur Nabi Muhammad telah di lukis di dalam sebuah majalah dengan lukisan yang boleh membuatkan umat Islam marah. Em..macam mana rupanya lukisan tu..aku pun tak tahu. Cuma yang aku tahu, Nabi Junjangan kita, tidak boleh di zahirkan dengan apa cara sekalipun..kan? Propaganda Non Muslim makin menjadi2 nampaknya. Mungkin mahu menguji, sejauh mana, kita umat Islam yang di katakan berakhlak mulia ni mampu menangani masalah ni..kot? WaAllahualam.


Em, aku harap, dengan lahirnya post ni, dapat mengambarkan, aku tak setuju dengan kejahatan kafir yang melahirkan filem ini dan juga apa jua benda yang menghina Islam. Dan umat Islam di Malaysia..please lah amik iktibar. Perlu ke kita jadi seperti negara luar - porak peranda kerana POLITIK. Sigh! Aku tak cakap aku belah parti mana-mana, infact,aku sendiri tak pernah mengundi. Huhuu..dosa kan? Yap..tak mengundi tu berdosa..kerana itu Fardhu Kifayah. Menentukan pemimpin adalah KEWAJIPAN kita. 

Namun, aku pun tak berapa setuju dengan protest sampai berbunuh2. Ya Allah..kenapa dunia makin kejam? Semua orang tahu..apa kekuatan umat Islam kan? Solat dan Doa. Solat itu TIANG dan DOA itu SENJATA. Gunakan lah 2 perkara ni...InsyaAllah, DIA MAHA MENGETAHUI dan MENUNAIKAN APA YANG DIA RASA PERLU. 

"Ya Allah, lindungilah aku dan keluarga ku dan semua umat Islam di dunia dan akhirat. Sesungguhnya, Engkau Maha Mengetahui dengan setiap apa yang terjadi. Amin."


WaAllahulam.


No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!