Thursday, August 30, 2012

.. Salam Kemerdekaan ke 55 Malaysian! ..

Teratak Zurah Al-Haj - Rumah ini sgt MENENANGKAN
posted from Bloggeroid

Hati melonjak-lonjak nak balik Ipoh. Nak balik umah mak..tak kira, nak balik jugak wpun baru je balik.Terasa ada ketenangan di dalam rumah itu. Esok cuti Merdeka dan bersambung terus ke Ahad, jadi haruslah keluar dari perut UNITEN ni..entah, makin lama, aku makin takde semangat dgn isi alam UNITEN. Kalau suh keluar dari quarters pun aku dah tak kisah. Terasa KOSONG di sini dan juga di opis ini. 

Dari kecik..aku rasa, aku sering kena marah dengan mak abah..tapi marah mak abah semuanya bersebab dan jarang mak abah marah sampai simpan berhari-hari. Mak abah besarkan aku dengan memberi apa saja yang aku..tapi dia orang tak penah minta balasan. Cuma mereka nak aku jadi anak yang baik dan tak lupa mereka. TAK PERNAH pulak..kalau aku tak bagi mak apa-apa, mak akan marah2 aku..dan lepas aku bagi, mak OK balik..and bila mak minta balik, aku tak bagi ..dia marah2 aku ikut suka. TAK PERNAH! Dan mak tak pernah MARAH dengan BAHASA yang entah apa2..TAK PERNAH! Sebab mak tahu, kata-kata itu DOA. Dalam setiap usai solat mak, mak akan DOA kan yang baik2 itu anak2 kerana DOA itu senjata yang paling kuat yang mak ada. Itu lah bezanya kasih seorang ibu dengan kasih orang lain2. Yes! sangat berbeza. Walaupun aku tak pandai nak ungkapkan kata-kata 'SAYANG MAK dan ABAH'..tapi jauh di sudut hati aku...mereka sentiasa ada dan perkataan 'SAYANG' bukan lagi mainan bibir aku..biar tak terungkap, biar tak terluah..biar..biar..biar..supaya bila apa yang bakal terjadi dalam hidup ni, perkataan SAYANG tu tak makan diri sendiri. 

Emm...Salam Kemerdekaan ke 55 buat semua Rakyat Malaysia. Aku bangga menjadi rakyat Malaysia dan alwiz wanna be Malaysian. :)





No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!