Saturday, December 24, 2011

..Simpan dalam Hati..

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan simpan di dalam peti;
Kalau ada silap salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Acehhh! berpantun pulak. Dari tadi, aku tenung je blog ni. Em, tgk pada blog hits since 5/1/2011, ada lebih daripada 10 ribu hits. Hits tu bukan menunjukkan bilangan orang yang membaca, tapi jumlah setiap kali blog di klick. Tak kisah la di baca ke tak..tersesat ke..sapa tau kan? Terfikir..siapa yang membaca? Follower tak ramai and comments apa tah lagi. Sebenarnya, aku tak ambil pot sangat pun..cuma..emm..kalau ada yang membaca, baca la seperti membaca tiket wayang..dah masuk panggung, tiket di buang. Hehehehe.



Tak seperti blog duluuuu..now, banyak benda tersimpan sendiri di dalam hati. Sebenarnya, meluap-luap juga nak meluahkan rasa..tapi fikir-fikir, emmm...mengapa perlu luah di sini jika hanya mengundang sengketa..tak mampu selesaikan apa-apa. Kadang-kadang terlepas jugak..maaf zahir batin di minta. Sama juga nak luah rasa sayang pada mereka yang sentiasa ada dlm hati..di sini bukan tempatnya lagi..simpan je elok2 dlm peti. Keh keh keh..

Jumaat semalam, hari terakhir aku bekerja untuk tahun 2011. Cuti Krismas terus bersambung sehingga ke cuti tahun baru 2012. Yeayy!! Happy Banget dong! 2 minggu sebelum cuti, aku duduk diam-diam dalam opis settlekan semua kerja. Tak membuat coding lagi TAPI kerja-kerja sebagai Koordinator and System Support TERSANGAT lah remeh! Buat coding..malas nak buat, boleh releks2 lagi sehingga bertemu dateline (ni style aku dulu la..developers lain aku tak tau) TAPI bwh sistem support...telefon tak henti berdering, email bertalu-talu masuk dan semua ada masa untuk selesai, dlm sehari tak selesai..mati kena kejar dengan user atau kena tunggu email dari boss. Uhuk! Tiba time Online Event..kerja belakang tabir sebelum sistem betul2 boleh di gunakan..memang memenatkan. Pendapat aku, banyak setting yang boleh di sistemkan..emm. kenapa perlu tengok query lagi? and, frankly dari hati..kesian juga tengok Otai aku di kejar user..and lucky kerja dgn dia..tak kedekut ilmu dan ingat pesan dia 'Biar lah kak zai orang kata kita takde kerja. Tengok la ni..semua kita yang kena'. Ya...faham-faham.

Soalan terakhir sebelum balik and bercuti jumaat lepas dr Manager Hardware : 'Macam mana now jadi Koordinator?'

Aku senyum je and jawab : 'Apa lagi yang I boleh cakap? Kerja is kerja..buat je lah'..

Balik pada tajuk : Simpan semua dalam hati je lah...

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!