Monday, December 26, 2011

..Lelaki atau Perempuan..



Ingin berkongsi cerita. Kisah di dalam tandas awam Ipoh Prade. Dania minta di bawa kan ke tandas, nak buang air besar..sakit perut lah ibu. Kelihatan seorang makcik cleaner sedang sibuk membersihkan tandas no 2. Tandas tu bersih dan wangi. Selesai tandas no 2, dia beralih ke tandas no 3. Mata memandang Dania.

Makcik : Anak perempuan je ke? Ada berapa orang anak? - Makcik menyapa aku dlm loghat utara.
Aku      : Anak 2 orang. Dia ada abang. - Jawab aku yg juga tiba-tiba berbahasa utara. (Apa nak heran, IC aku memang 02 pun..Kedah mai gak..ngeee)
Makcik : Bagus laa ada anak laki. Saya ni..ada 2 anak perempuan..kalau ada anak laki, takde la kena kerja lagu ni. - Sambil tangan terus menyental tandas.
Aku      : Anak makcik mana?
Makcik : Anak perempuan..takpe..depa dah kawin. Dah ada anak-anak sendiri. Depa tak kerja, harap suami saja.
(Aku faham as : anak perempuan, kalau dah kawin, memang kena ikut suami, kalau tak ambil tahu hal Ibu, makcik ni faham)
Makcik : Saya dah bercerai. Laki kawin dengan perempuan lain. Janda anak 4, mamak.Laki saya tu dah tua, dah 72, ada penyakit kencing manis.
Aku      : Ooo.. (nak jwb apa pun tak tau)
Makcik : Suami kerja apa?
Aku      : Engineer.
Makcik : Kamu?
Aku      : Kerja kat Universiti..kat KL. Balik kampung je ni. Cuti seminggu.
Makcik : uishhh..kerja KL. Mesti gaji banyak.
Aku      : sama je makcik kat mana-mana.
Makcik : Ni cuti lama2 , kena potong gaji la kot na?
Aku      : Dak..cuti tahunan.
Makcik : Lagu ni laaaa kena kerja.Lepas cerai, rumah ngn tanah, semua laki amik, makcik tak dapat apa-apa. La ni dok umah sewa sorang.

Dania settle membuang. Aku dah mati akal nak sembang.

Aku      : Ok makcik, saya p dulu naa (apehal tiba2 kedah aku pekat..hahahah)

Kesian lak rasa. Tapi apa yang mampu aku buat? Terfikir jugak..kenapa anak perempuan kena abaikan mak lepas kawin? Mungkin sebab anak2 perempuan makcik pun tak kerja. Dan kalau ada ramai anak laki pun..boleh harap ke semua? WaAllahualam..

Kenapa perempuan berkawin? Nak tempat berlindung..tapi kenapa lelaki sekarang sibuk nak cari perempuan yang berdikari? Sebab tu perempuan sekarang ramai tak kawin. Kalau dpt laki yang harap isteri buat semua..apa guna isteri ada suami.kan? Nak-nak dapat suami yang dok harap duit isteri gak. Memang nasib orang tak sama..tapi kalau susah macam mana pun, kalau suami tahu apa tanggungjawab dia sebenarnya..insyaAllah, duit bukan la segala-galanya.

Aku suka membaca kisah kejayaan wanita. Majoriti kisah yang aku baca..semuanya berjaya kerana pernah menjadi ibu tunggal. Di tinggalkan lelaki dan terpaksa menanggung anak-anak yang di tinggalkan. Terfkir, perlu ke ke tahap 'janda' untuk jadi wanita yang berjaya? Nauzubillah..Mungkin itu takdir mereka yang di tentukan Allah kerana, setiap pahit, insyaAllah ada manisnya. Yang penting 'Ada kemahuan..pasti ada jalan'.

Renung diri sendiri...sampai bila nak jadi macam ni...emmmm..

2 comments:

B.e.T said...

Makcik nak ajak sembang.. penat wat keje tu.. he he he..

Liza Abd Rahim said...

sedih dengar.. huuhu







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!