Monday, December 05, 2011

..Lagi-Lagi Bukit Broga..

Menahan kesakitan peha angkara menuju puncak Broga semalam. Dah lama tak buat aktiviti mendaki, maka kesakitan amatlah di rasai. Mungkin kerana berat badan dah naik, maka peha pun makin menebal dan semakin memberat untuk di bawa. Sebelum sakit, sudah pastinya menikmati keseronakkan dulu lah kan? Bertolak ke Bukit Broga, Semenyih seawal 6.30 pagi. Di pandu laju oleh Iena Kenet dengan Ferrari merahnya..hahahha. Sebelum pergi, perut adalah membuat hal, maka segala isi perut adalah terpaksa di buang seawal 6 pagi. Abishh..and terus kelaparan. Mendaki dgn penuh kelaparan..maka bila hampir sampai ke puncak, kepala mula kepeningan, badan berpeluh dan terus terduduk. Nak pitam! Bertemankan Masyu, maka meneguk la sedikit air 100plus - Lega. Perjalanan di teruskan semula..ni kali ke 3 or 4 aku ke Broga. Memanjat Bukit Broga adalah aktiviti untuk mengeluarkan peluh yang terperap lama. Kat Europe ada gak berjalan lebih kurang 4-5km sehari..tapi tak lah berpeluh coz sejuk. Penah g Bukit Broga? Naik lah..pemandanganya adalah SubhanaAllah. Yang mendaki saja tahu untuk di nikmati. Tak jauh pun, kalau fit, dalam 20minit dah sampai. Alah, slow pun takpe dan kalau lagi rajin, naik sebelum matahari terbit. Sangat cantik.

Kali ni kita orang g in Oren Karer :


semua gambar adalah dr enpon Masyura. Pinjam ya. TQ

Info Bukit Broga :

Berketinggian 390 meter, 1279 kaki atas aras laut, pemandangan cantik ini dapat kita daki dgn hanya 45 minit daripada Kuala Lumpur. Ianya terletak 5 minit drpd University of Nottingham kampus Semenyih. Pendakian mengambil masa 30 minit hingga satu jam. It's an easy hiking.

Go!

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!