Tuesday, December 13, 2011

..Sekadar Menarikan Jari..

Pengantin Baru..

Menaip sesuka hati dan tanpa tajuk khusus untuk entry kali ni. Mata agak mengantuk walaupun dah terlebih-lebey tido masa balik Ipoh baru-baru ni. Balik coz ada kenduri kawin adik abe yang bernama Ahmad Afiq dan biras baru aku - Nurul Natasha. Oh..lembutnya budak ni. Jumaat - sabtu, pack dengan kenduri. Haa..dari pasang tirai tutup dinding dewan, sampai lah kerja menyapu dewan. Yeah! Itu rekod peribadi aku - sapu dewan bersama pengantin. Har har har. Kat umah, sekadar membantu memblend barang-barang yg siap di potong. Adik ipar aku potong bawang, air mata aku lak dok mencurah-curah mengalir. Apa daa..wat malu saja. Kuikuikui. Hari ahad bangun tah pukul berapa - tu pun sebab abah ajak g kenduri kat Sri Iskandar..balik kenduri..tido lagi. Boley? Penat kot. Ni baru kerja tak seberapa, tak tau lama rupa mak mentua aku yang off course lagi penat..kan? Apapun, alhamdulillah, semuanya dah selesai.


Mimi and Kimi..enjoy dok ngn maktok. Manja lebey.. ;b
Anak-anak dah seminggu lebih kat umah mak abah. Cukup la kot berjalan ke Europe ari tu. Now is time for babah untuk menabung semula. Dengan 'bulan TNB gerhana' ni, fikir panjang nak p jalan-jalan lagi. Tapi kalau ibu tak jaga Online event (bencik!!), memang dah lama apply cuti ikut Mr Abe outstation. Selasa sampai Sabtu Abe ke Paka. Lagi sekali, just lucky Online Event kali ni terkena cuti sekolah. Hari sabtu kena kerja! Kalau bertembung time tak cuti sekolah? Eee..benda2 ni aku dah lalui..sebab tu aku tak nak kerja2 mcm ni. Tak berbaloi pun nak kerja sabtu/ahad just for OIL and dengan kenaikan gaji yang tah berapa ringgit nanti. Setakat ini, saat ini, aku masih tak suka dengan apa yang aku buat now ni. Sib baik team mate aku OK. Kalau tak?


Me is going to be BUJANG for 5 days. Apa mau bikin malam-malam?

Pantun hari ini :

Kalau org membisu,
lebih baik kita berdiam,
kalau orang buat tak tahu,
lebih baik kita blah dulu.


pst: teringin nak buka blog yg orang tak tahu ..siapa aku. OK tak??

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!