Wednesday, December 07, 2011

..Ombak Rindu Dari Sisi Aku..

Cak! wah berkobar ni nak cite pasai filem Ombak Rindu. Nak menaip sebelum semuanya hilang dari ingatan atau lemau untuk di catatakan. Semalam g layan Ombak Rindu at GSC Alamanda jam 8.50pm. Ramai kot yang berbaris untuk layan cite ni.

Aku menaip sebagai pembaca novel yang telah mengsetkan otaknya filem ini adalah setaraf novel. Mungkin dah jadi satu kesalahan di situ. Jadi, sejam pertama menonton, aku dah geleng kepala. Wah! hampir separuh daripada Novel di potong untuk jalan cerita yang sepatutnya membangkit konflik, rasa marah, sedih dan geram pada watak Izzah dan Hariz. Tersangatlah tak sama. Perasaan marah pada Hariz tau muncul2 dan perasaan simpati pada Izzah tak berapa nak ada. Terlalu cepat mereka menjalin rasa cinta buat aku rasa..mana konfliknya? Alahaiii. Macam tu jugak dengan watak antoganis Pak Taha..langsung lerss. Lagi sekali aku ulang..mungkin cite jadi tak besh sbb terlalu mengharap dan maybe sbb dah berlakon sendiri masa baca novel. Heee..Cuba melayan dan membuang rasa frust, aku rasa, boleh la nak layan babak 30 minit terakhir dan maaf ya, tiada setitis pun air mata aku mengalir.

Dia memang sangat2 lawa...

Aku suka Maya Karin..memang layan lawa dia je lah. Lakonan pun okek cuma pelat dia masih pekat. Pelat tak berapa nak melayu. Tapi, apa nak bising, Azizah Mahzan as Datuk Sufiah pun pelat padahal melayu asli..ni kan pulak Maya Karin.

Sebagai peminat Aaron Aziz yang aku tak tahu kenapa aku minat dia selain daripada encem coz aku jarang layan dia berlakon..pada aku, kalau aku jadi Izzah, aku terpikat dekat Hariz sebab encem je lah kot. Nak kata romantis, takde lah romantis sangat Hariz dlm cite ni. Watak dia terlalu laju sampai tak jumpa sisi garang si Hariz.

Lisa as Mila la la la..model and pelakon yang tak berapa nak tinggi. Terasa make up Mila agak over dlm cite ni. Dok Cameron pun gila babas punya makeup. Lisa memang terkenal dgn lakonan menggunakan pelbagai memek muka..but still terasa dia tak cukup ego seperti Mila dalam novel.

Aku rasa, watak paling sempoi dan terkesan adalah lakonan Bront. Walaupun watak dia tak banyak..tapi lakonan dia memang bersahaja. Wajah dia mencerminkan segala-gala dalam hati dia. Lelaki yang kecewa kerana perempuan yang dia minati hanya menyayangi dia sebagai kawan dan kemudian berkawin dengan orang lain. Kesakitan Izzah, tergambar di wajah dia.

Pak Dolah yang memainkan peranan agak penting dalam Novel, terus tenggelam dalam novel. Namun kemunculan dia sekejap2 memberi impak jugak wpun kadang2 buat orang gelak dalam panggung. Julia Zigler..pheew..perut mcm tu pun berani pakai dress mcm tu..terserlah kot kegelebahan dah kebuncitan perut beliau..hahahha. Azizan Mahzan? Malas nak komen..sama je..bluweeek.

Babak yang tak perlu ada kot.. kalau ada pun, tak yah pakai macam tu..ngeee..

Apapun, kepada yang nak p tengok tapi dah baca novel ..buat2 lah cerita dalam novel tu untuk elak frust sebagai mana penulis dia frust. Okek..chow!!

Aku bagi 5/10 bintang je..ha ha ha ha...

pst : orang kata hati aku keras sbb tak menitis setitis pun airmata..emm..ye ke? Rasanya kisah hidup sendiri lagi sedih kot..kuikuikui. Aku nangis je tengok SEPI.. ;)

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!