Thursday, December 22, 2011

..Sekolah Time..

'Selamat 0.5 Babah untuk sekolah anak-anak'
Alhamdulillah, selesai sudah membayar yuran sekolah anak-anak untuk sessi 2012. Dari anak-anak sekolah, semua yuran di tanggung sepenuhnya oleh Mr. Abe dan aku hanya tukang g bayarkan je - ini je yang mampu aku tolong kerana taraf kami berdua tak sama walaupun kami sekufu. He he he. Cuma tahun ni for Danish, tak dapat nak bayar setahun terus coz 'bulan TNB gerhana', just settle for setengah tahun. But still syukur.. InsyaAllah, nanti-nanti ada la rezeki lain nanti kan?

Yuran SERI ABIM untuk Danish.


'Kenapa tak hantar anak ke sekolah kebangsaan? Kan tak payah bayar mahal2?'

Ni antara soalan yang biasa di tanya. Emm..kenapa ya? Mula-mula dulu memang ingat nak senang jek.Hantar anak pagi, amik terus belah petang. Tak perlu tergesa-gesa or curi masa waktu lunch kena keluar amik anak and lepas tu hantar balik ke sekolah agama. Kalau kira-kira, duit minyak, duit lunch and so on, rasanya mcm dah sama je yuran sebulan ABIM.  Lagipun aku yang kena urus anak-anak sekolah, Mr Abe jauh nun kat Klang. So, dia pun dengan baik hati, sudi nak senangkan isteri dia dgn hantar anak2 ke ABIM ni. Ngeee..

Bila dah tengok 2 tahun Danish di SERI ABIM dan setahun Dania ni TASKI ABIM, alhamdulillah...aku suka tengok progress dia orang. Bukan saja dalam Akademik, tapi syukur sangat,solat tak payah suruh, mengaji lancar, boleh menghafal ayat-ayat Al-Quran dengan baik. Aku tak compare dengan budak2 sekolah kebangsaan yang lain, aku compare dengan diri aku sendiri dulu-dulu masa SRK Convent. Teruja kot dengar Dania yang baru 5 tahun dah boleh baca doa Iftitah dan Tahayat Akhir dengan baik. Ayat-ayat lazim pun dia banyak hafal. Kalau akhlak tu..as budak-budak, masih banyak yang kena tunjuk ajar. Dan sebagai kanak-kanak, nakal tu tetap ada..kan? Tu semua kena pelan-pelan didik dan asuh. CUMA 1 benda je agak mengecewakan..ENGLISH mereka agak HANCURS. Danish boleh membaca dan faham English, tapi dia tak mahu bercakap. Dania? Adussss...ibu ngn babah kena usaha lebih kat rumah.
Yuran dah settle..tinggal nak beli buku jek. Ingat nak suruh Danish beli sendiri. Suruh Belajar! Aku dulu dah urus sendiri semua benda2 ni dari darjah 2.

Tengah berfikir untuk tukarkan anak ke sekolah Kebangsaan masa darjah 4 coz aku tak pasti sejauh mana senangnya budak-budak ABIM ni nak ke SBP after darjah 6 nanti. Kalau cemerlang dalam UPSR, InsyaAllah takde masalah..kalau tak? emm....how eh?

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!